Friday, December 20, 2013

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni saya nak kongsi 1 ilmu yang saya baru pelajari. Saya rasa ilmu ni sangat penting untuk kita semua fahami. Kerana jika kita tidak tahu mengenainya, ia boleh menyebabkan segala amal ibadah kita akan jadi sia-sia.
Telah berkata Maulana Abdul Hamid, salah seorang alim ulama yang disegani di Malaysia ini, terdapat 2 penyakit hati yang boleh merosakkan amal ibadah yang kita lakukan, iaitu;
1) UJUB
2) KIBIR...

APA TU???

Nasihat daripada Maulana Abdul Hamid Chin :
Dalam beramal kita kena selalu berhati-hati dan mengawasi niat kita kerana 2 perkara pasti akan datang ketika beramal iaitu ujub dan kibir.
  • Peringkat pertama ialah : `UJUB
Iaitu kita berasa ‘hairan’, kenapa orang lain tak boleh beramal tapi aku boleh. Inilah ujub namanya. Hadirnya ujub ini akan menyebabkan sia-sia amalan yang kita buat.
  • Peringkat kedua ialah : KIBIR
Iaitu berasa ‘besar diri’. Apabila dia terasa dirinya hebat kerana boleh beramal sesuatu amalan sedangkan orang lain tak boleh nak buat macam dia, maka inilah yang dinamakan sebagai kibir.
Merasa diri kita hebat dan kitalah yang sepatutnya diberi tugasan atau jawatan yang lebih tinggi itupun ciri-ciri kibir.
Contoh kibir : Masa solat jemaah di masjid, kita kata kita tak mahu duduk di saf pertama kerana nak menunjukkan dii kita ni tawadhu’,maka inipun dikatakan kibir.

Sahabat-sahabat sekalian,
Setiap kita yang beramal dengan perintah Allah haruslah sentiasa berhati-hati dan mengawasi niat kerana penyakit hati ini datang kepada seluruh manusia apatah lagi mereka yang menjadi imam, amir(ketua), pemberi tazkirah, ustaz, mufti dan apa jua tugasan dan jawatan yang sewaktu dengannya.
Sekiranya kita tidak memelihara hati kita dari penyakit ini, segala amalan kita akan menjadi seperti debu yang berterbangan. Tiada gunanya. Sia-sia belaka.
Semoga Allah ta`ala bagi kita hakikat sebenar ikhlas niat dan dihindarkan dari penyakit hati ini.
IN SHA ALLAH.......

No comments: