Tuesday, December 31, 2013

FIKIR SANTAI... MASALAH SELESAI

Assalamualaikum semua... Apa khabar hari ni... Semoga semua dalam keadaan baik2 sahaja dan di rahmati oleh ALLAH... Insha Allah...
Hari ni saya nak kongsi 1 kisah motivasi la. Saya tak ingat mana saya dapat kisah ni, tapi ianya tersimpan dalam koleksi artikel dalam komputer saya ni.
Begini kisahnya…
Seorang lelaki mengadu kepada seorang doktor pakar mengenai masalahnya tidak boleh tidur malam. Pelbagai cara telah diusahakan, tetapi masalah tetap tidak dapat diatasi.
Apa yang mengganggu fikiran kamu hingga tidak dapat tidur?”  tanya doktor.
“Saya rasa ada seekor dinosaur bersembunyi di bawah katil saya la doktor. Dan bila saya pejamkan mata, Dinosaur tu nak makan saya!"
“Laaa masalah awak tu sebenarnya hanya ada dalam pemikiran awak. Tidak ada dinosaur la, percayalah.' kata doktor cuba beri keyakinan.
Memang ada la doktor, saya benar2 merasai kewujudannya dibawah katil saya ni!" jawabnya penuh yakin.

Mendengar kesungguhan pesakitnya yang begitu yakin bahawa dinosaur bawah katilnya, doktor tersebut lantas mengadakan mesyuarat dalam kalangan doktor-doktor pakar berbincang mengenai masalah lelaki tersebut.

“Jelas, ini masalah psikologi.,kata doktor pakar psikologi.
“Ini masalah phobia akibat didikan masa lampau,' ujar seorang pakar yang lain.
“Saya rasa ini berkaitan dengan masalah saraf,' tambah seorang doktor pakar saraf.
“Baiklah. Saya berikan masa untuk awak semua mencuba kaedah masing2 untuk mengubatinya'. rumus doktor tadi.

Selepas seminggu, doktor-doktor tersebut bermesyuarat semula membentangkan laporan masing2.
“Ini masalah psikologi yang sungguh kronik. Pelbagai kaedah telah saya gunakan, tetapi dia tetap merasakan ada dinosaur dibawah katilnya," pakar psikologi membuat penjelasan.
“Sarafnya semua okey. Tidak ada apa-apa yang tidak normal.
“Saya syorkan dia mendapatkan rawatan alternatif."

Banyak cadangan yang diusulkan, sehingga doktor itu pening memikirkan rawatan mana yang sesuai dilaksanakan.. Balik ke rumah.. doktor termenung panjang..
“Mengapa ayah termenung?" tegur anaknya yang berusia 10 tahun.
“Ada masalah seorang pesakit ayah ni..
“Apa masalahnya ayah ?" mana tau saya boleh bantu...

Dalam hati doktor terdetik. kalau daripada kalangan doktor2 pakar pun tidak dapat menyelesaikan masalah ini, inikan pula anaknya yang berusia setahun jagung!!"
Namun untuk meraikan si anak, doktor itu pun bercerita akan masalah pesakitnya.
“Oh, dia rasa ada dinosaur menyorok dibawah katilnya hingga dia tidak boleh tidur. Dia rasa dinosaur tu nak makan dia yea..
“Ya, begitulah lebih kurang masalahnya..."
Laaa… kalau begitu, apa susahnya ayah.. ayah potong je la kaki katilnya!!..
“Apa pula kaitannya kaki katil itu dengan masalahnya yang tidak boleh tidur? tanya si ayah..
“Kalau kita potong kaki katil, mesti dinosaur tu tak ada tempat nak bersembunyi lagi..!
Ohh laaa..yer tak yer juga.." bisik doktor itu dalam hatinya..

Esoknya kaki katil si pesakit itu pun dipotong..
“OK, sekarang dinosaur itu tidak ada ruang lagi untuk bersembunyi di bawah katil kamu. Kamu boleh tidur sekarang.."

Benarlah, si pesakit itu boleh tidur dengan nyenyaknya.....

MORAL of the story:
Sebenarnya ada banyak masalah yang dapat dirungkaikan hanya dengan kita berfikir secara santai, bebas dan fikir diluar kotak. Namun ramai yang tak dapat berfikir secara santai bila ada masalah. Kadang-kadang masalah kita bukannya besar mana pun, tapi dek kerana terlebih fikir, kita jadi buntu dan tak dapat cari jalan keluar...

Insha Allah,, sama-sama kita renungkan dan amalkan.. Semoga kita semua dapat mengatasi ujian yang Allah berikan kepada kita dengan tenang.. Insha Allah.. Allah tidak menguji seseorang melainkan dengan ujian yang HambaNya mampu hadapi..
Wallahualam...
Assalamualaikum..W.B.T  

No comments: