Monday, April 30, 2012

TAZKIRAH RINGKAS

Salam, pagi ni masa dalam perjalanan ke tempat kerja, aku mendengar satu tazkirah
dalam radio. memang tiap2 hari g kerja dengar, tapi hari ni nak berkongsi sedikit
agar kita sama2 dapat ambil iktibar.

Kisah ni berlaku di zaman Rasulullah S.A.W.
Tamim Ad-Dari ra yang belayar dengan rakan- rakan beliau dan terbabas
di sebuah pulau. Selepas mereka bertemu makhluk hodoh yang memperkenalkan
dirinya sebagai pengintip, mereka telah bertemu dengan makhluk berbadan
besar yang memperkenalkan dirinya sebagai Dajal), “.. Dajal berkata: ‘Beritahu
aku tentang pohon-pohon tamar di Baisan, adakah ia masih berbuah?’ Kami
berkata: ‘Ya’. Berkata Dajal: ‘Tidak lama lagi ia tidak akan berbuah’. Dajal
bertanya lagi: ‘Bagaimana dengan Tasik Tiberia, adakah masih dipenuhi air?’
Kami menjawab: ‘Ya, ia masih dipenuhi air’. Dajal berkata: ‘Tidak lama lagi
airnya akan kering’…………..” Dajal berkata lagi : beritahu aku adakah terdapat
di zaman kamu, seorang manusia yang mengaku dia nabi tetapi dia tidak pandai
membaca dan menulis? Mereka mengenangkan Rasulullah dan menjawab Ya ada.
Dajal berkata : pulanglah kamu, dan beriman la dengan ajaran Rasulullah..
Kemudian mereka pulang dan bertanya Rasulullah, Dan Rasulullah berkata itu semua
benar...
Semua orang tahu, salah satu petanda hari kiamat ialah keluarnya Dajjal. Apa kaitan kisah
Tamin tadi dengan keluarnya Dajjal. Kaitannya soalan yang ditanyakan Dajjal tu la. 
Tentang pohon-pohon tamar di Baisan dan Tasik Tiberia.. Ustaz yang beri tazkirah
pagi tadi pernah bertanya dengan seorang berada di Tasik Tiberia. Ustaz tu bertanya
bagaimana dengan air di Tasik Tiberia. Orang tu menjawab, sekarang 90% air di
Tasik Tiberia sudah kering.
Ini bermakna, Dajjal dah hampir nak keluar. tapi adakah Iman kita boleh tempuh
zaman ini? Tepuk dada tanya iman...
Semoga kita semua dirahmati dan beroleh kekuatan dalam menempuhi akhir zaman ini.
wassalam..

No comments: