Thursday, April 26, 2012

RENUNGAN BERSAMA

Bayangkan benda ini berlaku pada anda….. Suatu hari pada masa Sembahyang
jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah… tiba-tiba masuk dua
orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak
apa cuma dua biji mata dan membawa mesin gun… lalu salah seorang lelaki
tu bertempik “Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat
kamu” Selepas mendengar amaran lelaki itu,maka segeralah bertempiaran lari
para jemaah itu utk menyelamatkan diri…. daripada jumlah yang 1,000 tadi tu
hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat
masing-masing termasuk Pak Iman tu… Lelaki yang bertempik tadi segera
membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:
“Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah
Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat”…. Lalu kedua lelaki tersebut
berpaling dan meninggalkan jemaah…. Macammana.. adakah anda rasa lawak
dgn cerita di atas? selain terhibur anda fikirlahlah… ” Lawak kan, dari 1,000 org
yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman… ” ” Lawakkan berapa
banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya… kedua
lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi
skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak
sembahyang jumaat lagi…” “Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu
sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung..
ada tu lagi dahsyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya…” “Lawakkan,
ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar
daripada apa yang tercatit dalam Al Quran” “Lawak kan, berapa ramai yg
percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi
berlumba-lumba mengejar dunia” “Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend
atau girlfriend berjam-jam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup masa..
Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur
lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak
hantar artikel2 yang berunsur agama..
Lawak kan??? Kenapa gelak?? tu kan realiti.

Wallahualam..sampaikanlah walau satu ayat…

No comments: