Wednesday, April 18, 2012

9 JENIS WANITA YANG ADA DIDALAM NERAKA.

Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: “Saya bersama Fatimah berkunjung
 ke rumah Rasulullah dan kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya
kepada beliau, “Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?” Baginda menjawab,
 “Pada malam aku di Isra’kan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami
berbagai penyeksaan…maka bila teringatkan mereka aku menangis. Saya bertanya
lagi, “Wahai
Rasulullah apakah yang tuan lihat?” Baginda bersabda:

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari

punggungnya sedangkan api yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.

3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan

 air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.

4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki & tangannya ke arah ubun-ubun

kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking.

5. Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang

 menyala-nyala dengan hebatnya.

6. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.

7. Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.

8. Wanita yang tuli, buta dan bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir

 dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) dan badannya membusuk akibat
 penyakit kulit.

9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan keldai yang mendapat berjuta

 jenis seksaan.

Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,”Wahai ayahku, cahaya mata

kesayanganku… ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu.”

Rasulullah s.a.w. bersabda, “Wahai Fatimah, adapun :

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya

 di jilbab dikalangan lelaki.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya

 dengan kata-kata.

Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: “Tidak seorang wanita yang menyakiti hati

 suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatkan mulutnya
 kelak dihari kiamat, selebar 70 zira’ kemudian akan mengikatnya dibelakang
 lehernya.

3. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui

 anak orang lain tanpa izin suaminya.

4. Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia

 keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid dan nifas.

5. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk

 dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.

6. Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka

kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak
 dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh
 cinta padanya kerana melihat perhiasannya.

7. Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubunnya

 dan dibelit oleh ular dan kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat
 dan puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk dan tidak solat serta tidak mahu
 mandi wajib.

8. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti

 keldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta.

9. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta

suka marah- marah pada suaminya.

No comments: