Wednesday, April 1, 2015

Rasailah kebahagiaan itu

Orang yang dicintai merasa bahagia.
Bahagianya bukan kerana dicinta.
Tetapi dia dicinta kerana bahagianya.


Apa itu bahagia?
Dimana bahagia?
Adakah bahagia datang kerana nasib?
Orang kaya sajakah yang bahagia?
Orang berjaya sajakah yang berasa gembira?


Tidak Tidak Tidak!
Semua orang berhak merasa bahagia.
Bahagia bukan bergantung pada nasib.
Bahagia bukan pada keadaan.
Bahagia bergantung pada bagaimana nasib dan keadaan itu diterima.


Ada pemuda penghidap kanser berkata ;
“Saya bernasib baik dan masih gembira walaupun menghidap kanser.
Kerana kanser ini, saya tahu bila saya akan mati.
Saya dapat minta maaf dan terima kasih kepada rakan-rakan, keluarga dan ibu bapa.
Saya gembira, puas dan bahagia”


Usah dikata
“Saya tidak bahagia. Saya tidak gembira.”

Kalau begitulah yang dikata, begitulah yang dirasa, begitulah jadinya.
Kata-kata itu doa. Doa yang dikota oleh Maha Pencipta.
Orang yang tidak merasa bahagia, selalu terlupa nikmat yang ada.
Orang tak bahagia sentiasa hendakkan apa yang tiada.
Yang tiada itulah yang dikira.
Yang ada depan mata langsung tidak disyukurinya.
Pabila rasa syukur tiada, maka hilanglah rasa bahagia.


Semua orang berhak bahagia.
Sesiapa saja boleh bahagia.
Untuk bahagia tidak perlu kaya.
Bahagia bukannya pada benda atau harta.
Bahagia itu perasaanlah yang merasa.
Bahagia itu pada kesedaran adanya.


Wahai penagih cinta…
Rasa bahagia bukan pabila dicinta,
tetapi untuk dicinta perlu rasa bahagia.

Usahlah dipinta bahagia pada sesiapa.
Kerana ianya ada pada setiap kita.
Hasil kurnia yang Maha Esa.

1 comment:

Lock Smith said...

Hi there, I found your blog via Google while searching for such kinda informative post and your post looks very interesting for me. custom website development services