Thursday, January 9, 2014

Wahai sesiapa yang suka menjaga tepi kain orang / mengumpat

Dalil dari al-Quran,dari surah al-Hujurat ayat 12.Maksud penuhnya ialah:

"Dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengah yang lain.Apakah seseorang kamu suka memakan daging saudaranya yang telah menjadi bangkai,tentulah kamu sekelian benci memakannya”

Dari Jabir dan Abi Said,Rasulullah SAW bersabda

"Awaslah daripada mengumpat,kerana mengumpat itu lebih keras daripada zina.Sesungguhnya seseorang terkadang ia berzina dan bertaubat.Maka diterima ALlah S.W.T akan taubatnya.Dan sesungguhnya seseorang yang mengumpat,tidak akan diampun dosanya sebelum diampuni oleh orang yang diumpatnya itu."

Diriwayatkan oleh Abu Daud, dari Anas,Rasulullah S.A.W bersabda:

"Pada malam aku diIsra'kan aku telah melalui suatu kaum yang mencakar-cakar muka mereka dengan kuku-kukunya sendiri,maka aku berkata:"Hai Jibril siapa mereka ini?Jawab Jibril: Mereka ini adalah orang-orang yang suka mengumpatorang banyak dan mereka yang suka menjaga tepi kain orang."

ALLAH Ta'ala menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s yang maksudnya:

"Barang siapa yang meninggal dengan taubat dari mengumpat orang,maka dia adalah orang yang penghabisan masuk syurga.Dan barang siapa yang meninggal dengan berkekalan mengumpat orang,maka dia adalah orang pertama masuk neraka."

No comments: