Friday, January 17, 2014

TIPS BERHADAPAN DENGAN ORANG YANG SUKA MENYAKITI

Dalam dunia ini, pasti kita akan berjumpa dengan orang yang suka menyakiti. Tak kira melalui perkataan atau perbuatan.
Kadang-kadang, sikap menyakiti orang lain ini sudah menjadi tabiat.
Orang yang suka menyakiti (terutamanya hati dan perasaan) orang lain itu hanya mengikut nafsu. Mereka berasa puas sekiranya dapat menyakiti @ melukai hati orang lain. Sedangkan mereka sendiri, jika disakiti dan dilukai akan mengamuk tak tentu pasal.
Masa buat orang lain, tak ingat diri. Tapi bila dia yang terkena, tahu pulak nak meronta meronta-ronta.  
Apakah respon kita dengan orang yang suka menyakiti orang lain ini?
Cuba bayangkan sebentar.
Sekiranya hati anda dilukai dan sakiti, apakah tindakan anda?
Tenang diri dan bersabar saja? Atau turut sama beremosi memaki mengkeji untuk puaskan hati?
Dalam Islam, Allah mengajar kita untuk berhikmah dalam menghadapi apa juga perkara. 
Nak padamkan api, tak boleh dengan api juga. Orang baling batu, tak usah kita turut baling batu sama. Nanti dua-dua akan tercedera dek batu yang dibaling.
Sebaliknya, seorang ulama telah memberi nasihat berguna dalam menghadapi orang yang suka menyakiti.
Katanya :
“Setiap kali ada orang menyakitimu, senyum saja kepadanya. Dan ketika senyum itu, ingatlah keadaan dirimu dengan Allah. Kemudian, fikirkan cara apakah yang diredhai Allah untuk membalas perkara itu sebelum kamu bertindak membalasnya!”
Semoga saya dan anda semua dapat meniru akhlak Nabi sollallhu’alaihi wasallam dalam setiap tindak tanduk kita. Sesungguhnya akhlak Nabi adalah sebaik-baik petunjuk untuk diikuti.

1 comment:

Anonymous said...

How to make your own casino on a diet. List of healthy food items on sale
Explore the list of healthy leovegas food items to buy for food & live entertainment. List starvegad of all foods by gioco digitale popularity. 1. Habanero Sauce