Tuesday, July 30, 2013

Solat Sunat Dhuha

Assalamualaikum....
Hari ini saya nak berkongsi tentang fadilat solat sunat dhuha..
Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.
  • Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
  • Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)
  • Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,  “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”   (HR. Haklim dan Tabrani).
  • Dari Anas bin Malik, Sabda Nabi S.A.W. " Barang siapa sembahyang dhuha 12 rakaat, Allah akan membuat baginya istana daripada emas di syurga." (riwayat Tirmidzi & Ibnu Majah)

Monday, July 29, 2013

Solat Sunat Tahajjud

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.

Firman Allah SWT.:
17:79
“Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” 
(Surah Isra’; ayat 79)
 
Rasulullah SAW bersabda:  “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.”   (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)
 
 
 

Wednesday, July 24, 2013

Kisah Nabi Mengaminkan Doa Malaikat

Daripada Jabir bin Abdullah radhiallahu’anhum, Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam naik ke atas mimbar kemudian berkata, “Amin, amin, amin”. Para sahabat bertanya.”Kenapa engkau berkata amin, amin, amin, wahai Rasulullah?” Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata : ‘Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!’, maka aku berkata : ‘Amin’.Kemudian Jibril berkata lagi. ‘Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi itu tidak memasukkan dia ke syurga dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin’ “. Kemudian Jibril berkata lagi.’Hai Muhammad celaka seseorang yang jika disebut nama engkau namun dia tidak berselawat kepadamu dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin’.” (HR. Bukhari di dalam Adab al-Mufrad no 644)

Subhanallah... Jadi marilah kita muhasabah diri kita,, cek dulu sebelum terlambat.. Selagi Allah beri peluang untuk kita... Peluang hanya sekali...
Ramai Manusia lupa dan lalai... Seperti Dalam Firman Allah Surah Al-Takasur Ayat 1 & 2. Yang Bermaksud.. Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapatkan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak pinak, pangkat dan pengaruh) sehingga kamu masuk kubur.

Kita ni seringkali terlupa dan lalai... Jadi dengan menuntut ilmu dan menghadiri majlis2 tazkirah serta membaca hal-hal agama, InsyaAllah sedikit sebanyak kita akan dapat kesedaran.. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita dan Allah Mengetahui siapa yang Ingin Diberi Kesedaran..
Wallahu alam...

ASSALAMUALAIKUM

SALAM SEMUA, AHLAN WA SAHLAN YA RAMDHAN..
Dah lama tak update blog ni,,
banyak sangat program, Tapi yang penting sesibuk mana pun kita,, jangan kita terlupa untuk tunaikan kewajipan kita.. Apa yang Allah Suruh dan Tinggalkan apa yang dilarangNya...

Sedar tak sedar kita dah sampai hari ke 15 Ramadhan....
Apakah kita telah banyak menggunakan kesempatan yang Allah berikan kepada kita ini... Mungkin ini Ramadhan terakhir untuk kita... 10 hari pertama bulan Ramadhan merupakan Rahmat... pertengahan Maghfirah (keampunan) dan 10 hari terakhir Pembebasan dari api neraka.

sekarang kita berada di fasa ke dua iaitu Maghfirah ( Keampunan)..
Jadi marilah kita sama-sama memperbanyakkan beristighfar kepada Allah.. ada Riwayat menyebut Rasullullah S.A.W. beristighfar sebanyak 70 X dan lebih setiap hari... Subhanallah.. Nabi yang Maksum, yang tiada dosa pun beristighfar. kita hanya manusia biasa ni... Ya Allah...
Disini Saya nak kongsi penghulu segala istighfar :

(Ya Allah, Engkaulah Tuhanku tiada Tuhan melainkan Engkau yang menjadikan aku dan akulah hambaMu dan aku sentiasa dalam genggaman (kuasa)Mu dan aku terikat dengan perjanjian denganMu semampuku. Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada kejahatan yang aku lakukan. Aku kembalikan kepadaMu segala nikmat yang Engkau berikan kepadaku dan aku kembali kepadaMu dengan dosaku, oleh kerana itu ampunilah aku, kerana tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau).

Nabi bersabda, "Sesiapa membacanya pada siang hari dengan penuh keyakinan lalu dia mati pada hari itu sebelum datang petang hari maka dia termasuk dari ahli syurga. Dan sesiapa membacanya pada malam hari dengan penuh keyakinan, lalu dia meninggal dunia sebelum pagi hari maka dia termasuk dari ahli syurga". (HR. Bukhari)