Wednesday, August 14, 2013

MUHASABAH DIRI...RENUNGAN BERSAMA..

Suka saya bermuhasabah buat diri saya dan para pembaca sekalian. Mengenai proses ke arah pembinaan baitul muslim, suka saya mengetengahkan konsep "JADI' dan "CARI". Jika seseorang lelaki mahu mendapatkan yang solehah, kurangkan sedikit agenda menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Jika wanita inginkan yang soleh, janganlah terlalu berusaha menCARI yang soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya juga boleh berubah… Kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa, tidak sunyi daripada melakukan kesilapan. Maka, seseorang fard al-Muslim yang sedang menuju ke gerbang perkahwinan, ia merupakan sebahagian proses untuk menJADI, bukan menCARI. Dalam hal ini, proses menJADI adalah lebih diutamakan daripada proses menCARI. Sekadar pandangan sebagai suatu mimbar muhasabah buat saya dan kita semua… Buat akhirnya, saya memohon maaf atas salah dan silap sekiranya terdapat kata-kata di dalam entri blog kali ini mengguriskan hati beberapa pihak… Wassalam.

No comments: