Tuesday, January 10, 2012

Renungan bersama




ZAMAN DIMANA ORANG TIDAK MEMPERDULIKAN DARI MANA MENDAPATKAN HARTA.

Daripada Abu Hurairah ra berkata: Bersabda Rasulullah saw; akan datang suatu zaman seseorang tidak memperdulikan dari mana ia mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal ataupun yang haram.

KETERANGAN

Dizaman sekrang ini merupakan zaman adalah bernilai dengan nilai harta. Manusia cakar mencakar untuk memperolehi sebanyak mungkin harta kekayaan. Mereka tidak mempedulikan dari mana datangnya harta yang diperolehi, apakah dari sumber yang halal atau dari sumber yang haram. Yang penting, harta dapat dikumpulkan sebanyak-banyaknya untuk memenuhi kehendak nafsu atau pun untuk melayan kehendak isteri atau anak-anak mereka.

SEDIKIT LAKI-LAKI DAN BANYAK PEREMPUAN

Daripada Anas ra berkata; Akan aku ceritakan kepada kamu sebuah hadis yang tiak ada orang lain yang akan menceritakannya setelah aku mendengar Rasulullah saw bersabda: Dimana tanda qiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, berlaku perzinaan, ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki, sehingga nantinya seorang lelaki akan menguruskan lima puluh orang perempuan. - HR Bukhari Muslim.

KETERANGAN:

Nabi saw menerangkan bahawa diantara tanda hampir nya  qiamat ialah sedikit ilmu agama, banyak kejahilan, banyak belaku perzinaan, sedikit kaum lelaki dan ramai kaum perempuan.

MASA AKAN MENJADI SINGKAT

Daripada Anas bin Malik ra berkata: Rasulullah saw bersabda; Tidak akan menjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu  petikan api. - HR Tirmizi

KELEBIHAN BERIBADAT DI SAAT-SAAT HURU HARA

Daripada Ma'qil bin Yasar ra berkata: Rasulullah bersabda: Beribadat di saat-saat huru hara (dunia kacau bilau) adalah seperti berhijrah kepada ku. - HR Muslim.

LIMA BELAS MAKSIAT YANG MENURUNKAN BALA

Ertinya: Daripada Ali b Abi Talib ra Rasulullah saw bersabda: Apabila umatku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:
1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
5. Anak derhaka terhadap ibunya.
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7. Ia suka menjauhkan dirinya aripada ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadikan ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Khamar (arak) sudah diminum dimerata  tempat.
12. kain sutera bayak dipakai (oleh kaum lelaki)
13. para arti-artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama(Sahabat).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan diubahkan menjadi makhluk lain.

SEPULUH TANDA-TANDA QIAMAT YANG BESAR

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra berkata: datang kepada kami Rasulullah saw dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: Apa yang kamu perbincangkan? Kami menjawab: Kami sedang berbincang tentang hari qiamat. Lalu Nabi saw bersabda: Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya. Kemudian beliau menyebutkannya: Asap, dajjal, bintang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunya Isa bi maryam as, Yajuj dan Majuj, tiga kali gempa bumi, sekali ditimur, sekali di barat dan yang ketiga di semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari negeri Yaman yang akan menghalau manusia ke padang Mahsyar mereka. - HR Muslim.

No comments: