Tuesday, January 10, 2012

BERSYUKUR DENGAN REZEKI YANG ALLAH BERIKAN KEPADA KITA.....




Sebagai manusia yang hidup dalam dunia yang dipinjamkan oleh Allah yang hanya sementara sahaja. dan kita sebagai khalifah yang diamanahkan untuk menjaga bumi ini seharusnya bersyukur dengan pemberian Allah kepada kita. Rezeki yang Allah berikan kepada kita untuk meneruskan kehidupan sepatutnya kita perlu mensyukurinya.
Kisah bersyukur dengan rezeki Allah ini adalah satu kisah benar yang aku cuba olah untuk disesuaikan dalam blog ini tanpa ada tokok tambah untuk menyedapkan cerita. Cuma ayat mungkin berbeza tetapi ceritanya tetap sama sepertimana yang dilalui. Kisah ini bermula diantara dua insan yang kenal hanya melalui alam maya dan merupakan perbualan kali pertama di alam maya antara dua insan tersebut. Aku namakan dua insan tersebut  Ali dan juga Abu..

Ali : Assalamualaikum
Abu : Waalaikumussalam
Ali : Apa khabar? Dah makan malam?
Abu : Sihat, baru je lepas makan.
Ali : Makan apa? Mesti sedap kan makan bersama isteri.
Abu : Makan Nasi lauk ikan cencaru masak sambal dengan sayur cendawan, alhamdulillah dapat lagi makan masakan isteri
Ali : Awak kerja apa?
Abu : Saya kerja kerajaan
Ali : Awak tak nak ke ubah kehidupan awak kepada lebih baik?
Wah, dalam hati Abu ini terus timbul tanda tanya, baru je kali pertama chatting dan tidak pernah pun berjumpa dan tahu kisah hidup Abu ini tapi Ali ni tahu ke hidup Abu sekarang tidak baik. Itu dalam hati Abu sahaja. Dalam keadaan perasaaan bercampur baur Abu memikirkan apakah jawapan yang sesuai untuk diberikan. Ikutkan hati Abu tu, nak je dia jawab, eh kita baru kenal malam ni tapi awak dah tahu hidup saya sekarang tidak baik. Abu meneruskan lagi sesi sembang tersebut dengan jawapan
Abu : Alhamdulillah kehidupan saya sekarang bahagia bersama isteri, syukur dengan rezeki Allah berikan pada kami.
Ali : Isteri awak kerja?
Abu : Isteri saya buat masa sekarang belum bekerja, sedang memberikan tumpuan sepenuhnya kepada anak kami yang baru tengah nak membesar.
Ali : Oooo..kalau macam tu boleh la suruh isteri awak buat biz (Bisnes).
Abu : Saya rasa isteri saya tidak mempunyai masa untuk buat bisnes, banyak kerja di rumah yang perlu dia buat, basuh baju, kemas rumah, mendidik anak, memasak. Jadi saya rasa nak buat bisnes belum sampai masa lagi lah.
Ali : Awak tak nak $$$(Duit) lebih ke? Untuk kehidupan awak. Cukup ke gaji awak kerja sekarang.
Abu : Alhamdulillah dengan gaji yang saya terima sekarang masih lagi mampu untuk membayar keperluan kami sekeluarga dan rasanya duit banyak mana pun tak cukup.
Nampaknya Abu sudah tahu akan maksud Ali yang cuba untuk menyogok dengan cerita tentang duit lebih, kehidupan yang lebih baik. Tapi Abu tetap melayan Ali dan ingin melihat apakah yang Ali inginkan.
Ali : Awak pernah dengan tak bisnes ni AABBCC?
Abu : Oh pasal bisnes tu yer, pernah dengar, tiap-tiap minggu keluar Surat Khabar dalam ruangan Advetorial (Iklan).
Ali : Memang bisnes AABBCC ni makin maju dan terkenal, dapat menjana wang tanpa perlu bekerja. Tak perlu pun cari orang. Bukan macam MLM.
Abu : Sebenarnya maaf cakap lah, terus terang saya memang tak berminat bisnes seperti MLM ni, dari tahun 2000 lagi saya dah kenal MLM.
Ali : Tapi bisnes ni bukan MLM tak perlu keluar cari orang dan pasang kaki pun, hanya dapatkan dua orang untuk daftar dibawah awak dan lepas tu awak akan terima income setiap bulan.
Dalam hati Abu, eh tadi cakap tak perlu cari orang, bukan MLM tapi kenapa nak kena dapatkan 3 orang berdaftar dibawah kita.
Abu : Maknanya kena cari juga kan 3 orang untuk berdaftar bawah kita. Maaflah saya memang tak berminat dengan bisnes macam ni.
Ali : Em, bukan kena cari orang pun hanya dapatkan rakan-rakan 3 orang dan berdaftar bawah awak. Cukuplah
Abu : Sebenarnya saya tak berminat bisnes macam ni, nak kena cari rakan untuk berdaftar dibawah saya dan tadi awak kata tak kena cari orang, habis tu yang awak lakukan sekarang ni, tengah bercakap dan cuba ajak saya join bisnes awak tu bukan ke cari orang namanya tu?
Ali : Bisnes ni tidak perlu sepenuh masa pun, awak boleh buat part time je walaupun awak kerja full time sekarang ni
Abu : Bukan tak nak, lagipun saya kerja sepenuh masa sekarang ni.
Ali : Awak tak nak ke pergi haji percuma, kereta free dan rumah free?
Dalam hati Abu lagi, eh kesitu pula dia ni, alih topik pula, soalah kita kata atas tu tidak dijawabnya. Tapi Abu meneruskan perbulaan
Abu : Buat masa sekarang saya belum bersedia lagi untuk pergi haji sebab nak pergi haji hati kena ikhlas dan suci, niat tu memang ada dan bulan lepas kami sekeluarga dah pun buka buku Tabung Haji, pasal kereta tu, cukuplah dengan kereta yang kami ada sekarang ni dan saya masih lagi mampu untuk bayar secara bulanan. Pasal rumah pula kami pun dalam proses nak membeli rumah sekarang ni.
Ali : Memang orang yang tak nak berjaya dan tak nak kehidupan yang lebih baik akan banyak berikan alasan.
Abu : Eh, saya bukan beri alasan, tapi saya berterus terang buat masa ini saya belum berminat dan itu bukan alasan itu adalah hakikat sebenar.
Ali : Tak per lah, kalau awak tak berminat, ramai lagi orang yang berminat untuk merubah hidup mereka.
Abu : Bukan tak berminat tapi macam saya cakap kat atas tu lah, saya kerja full time.
Ali : Awak marah ke ni?
Abu : Eh, siapa marah siapa ni, buat apa saya nak marah awak, apa yang saya dapat dan lagipun kita baru je kenal kan
Ali : Em ok lah kalau macam tu
Abu : Ok, good luck untuk bisnes awak tu…
Diam seketika..Kemudian Ali dah takde idea dah nak teruskan perbualan..then dia pun beri salam tanda ingin menamatkan perbualan.
Ali : Ok salam
Abu : Wassalam...

Ok perbualan antara Ali dan juga Abu tamat disitu, dalam hati Abu terfikir tentang erti bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan dan juga melihat ragam manusia bila bercakap mengenai DUIT. DUIT. DUIT.

Moral of the story : Entri ini pun dah cukup panjang dan aku pun tak nak ulas menjadi lebih panjang. Aku serahkan kepada kamu semua untuk ulas diruangan komen. Cuba lihat apa kaitan antara tajuk entri ini dengan kisah diatas.

Diconteng oleh : En. Fariz

No comments: