Wednesday, March 28, 2012

Jangan mencaci sesama kita

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa satu ketika seorang lelaki sedang
mencaci Abu Bakar r.a sedangkan Nabi s.a.w  sedang duduk di hadapannya.
Orang itu terus mencacinya sedangkan Abu Bakar r.a dan Nabi s.a.w terus
bersabar mendengarnya. Lantas Nabi s.a.w tersenyum. Apabila orang itu
mencacinya dengan keterlaluan, lantas Abu Bakar r.a menjawab akan caciannya.
 Mendengarkan akan jawaban itu, Nabi s.a.w begitu marah, bangun, lalu
meninggalkannya.
Abu Bakar r.a menyusul Nabi s.a.w dibelakangnya dan berkata:
Ya Rasulullah s.a.w,  apabila orang itu terus mencaciku engkau masih tetap
duduk dan apabila aku menjawabnya, tuan nampaknya marah dan bangun?
Nabi s.a.w menjawab: Semasa kamu diam dan bersabar mendengarnya,
seorang malaikat bersama denganmu yang mana sedang menjawab caci maki
orang itu bagi pihakmu, tetapi apabila kamu menjawabnya semula, malaikat itu
meninggalkanmu, dan syaitan telah datang di antara kamu, dan aku tidak mahu
duduk bersama dengan syaitan; oleh kerana itu aku meninggalkan kamu.
(Hadith Riwayat Ahmad)
===========
Siapa lah kita yang mahu mencaci ciptaan Allah?  Sebanyak mana keburukan
dan kesalahan mereka yang kita ketahui, Allah lebih mengetahui. Walaupun
sebanyak buih di laut, keampunan dan kasih sayang Allah jauh lebih luas
daripada itu.
Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa kita yang telah lalu dan marilah
kita bertaubat dan bertekad tidak akan mencaci sesama kita lagi.

No comments: