Friday, November 25, 2011

Apakah maksud hidup kita?

LALUAN MANA HALUAN HIDUP KITA????
Masa terus berlalu pergi
Menghampiri ke hari mati
Tapi manusia leka dengan mainan duniawi
Terus enak dibuai mimpi
Mengejar dunia yang tidak pasti,
Sampai terlupa akhirat yang kekal abadi,
Allah dan Rasul terus kita sakiti
Maksiat bersepah sampai ke hujung negeri
Nikmat Allah langsung kita tak hargai
Muka tak malu mengaku Ummat nabi,
Dosa bertimbun tak tertampung dek lori
Tapi muka celaka boleh senyum lagi!
Boleh bergelak ketawa lagi!?
Biarpun dosa sebesar matahari
Biarpun dosa seluas langit dan bumi
Berkata dia dengan bangga sekali..dengan angkuh sekali
Nak buat macam mana tak sampai seru lagi
Katanya aku punya pasal mu jangan peduli
MasyaAllah tahukah anda bagamana rupa api??
Neraka itu apinya hitam sekali
Tahankah jasad dibakar direbus berkali-kali?
Sakitnya pula tidak terperi
Siksaannya pula infiniti
Hangus daging, tumbuh lagi
Dibakar lagi smpai ke hati
Setiap detik kita rasai
Tidak pengsan tidak mati
Kerana mati cuma sekali
Di neraka rasakan kau siksaan yang ngeri
Ayuh kita para Daei
Para pemuda dan pemudi
Rakan teman yang ku sayangi
Bapak-bapak, ibu-ibu yang kukasihi
Tambah korban lagi dan lagi
Berkorban ikut cara nabi
Tiru-tiru cara yang para sahabi
Sebelum kita mati
Dah mati tak boleh buat ibadat lagi
Tak boleh solat lagi
Tak boleh zikir lagi
Tak boleh baca quran lagi
Semuanya tak boleh buat apa-apa lagi
Ayuh bangkit tuan puan yang dihormati
Usah kita toleh ke belakang lagi
Kita kejar Allah yang hakiki
Moga mati kita mati berkualiti
Menuju syurga abadi
Dapat berjumpa kekasih sejati
Mendapat kebahagiaan hakiki



No comments: