Wednesday, December 22, 2010

Assabarul minal iman.

Bila bercakap tentang kesabaran... Ya Allah betapa pedihnya hati ini untuk menahan kesabaran... Aku kuatkan juga dengan hati kecil ini dengan istighfar kepada Allah... Semoga Allah terus kekalkan kesabaran Ku ini...:((

Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair.

Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok kita masih diberi peluang.

Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan.

Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

Cara terbaik menghukum orang yang telah melakukan kesalahan terhadap kita ialah dengan berbuat baik kepadanya.

Ermm,,, sabar je lah... lepas satu-satu... perkataan tu...kalau boleh tolonglah jaga...jangan main sedap tangan je menaip mesej... cakap perkataan yang boleh menyakitkan hati dan perasaan orang yang menerima mesej tu.. betapa sakit hati orang tu...

Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.

Subhanallah.... Ya Allah, mengapa si dia lakukan seperti itu kepada ku Ya Allah... Tangan ku menggeletar, hati ku goyah dan menangis sendirian, perasaan ku hilang haluan... Ku dah buang ego ku jauh dari sudut hati ku.. tapi perasaan hampa dan kecewa dengan ayat yang dia beri kepada ku memang menyakitkan... macam mana ku ingin menghadapi hidup ini..:(((

Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.
 
Ya Allah,,,Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka.

Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya ,cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya.

dan kita perlu ingat...Waktu kita lahir, kita menangis dan orang-orang di sekeliling kita tersenyum.
Jalanilah hidup kita sehingga pada waktu kita meninggal, kita tersenyum dan orang-orang di sekeliling kita pula yang menangis.


Semoga Allah beri kekuatan dan ketabahan kepada diriku.. agar aku dapat teruskan sisa-sisa baki kehidupanku di muka bumi Allah ini.. ntah berapa lama aku dapat hidup di dunia bumi Allah ini...kerana akhirat itu adalah dunia yang kekal abadi..
Amin.... istighfar kepada Allah..dan bersyukur akan pemberianNya serta ujianNya adalah cara yang terbaik untuk menghadapi segala onak duri,pahit manis kehidupan ini... Subhanallah,,,Alhamdulillah,,,Allahuakbar...

No comments: