Monday, October 29, 2012

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Salam semua... lama tak update blog. ni nak kongsi sedikit dengan semua.. mungkin ada yang dah tahu dan mungkin ada yang tidak pernah tahu lagi.. apa pun semoga kita di rahmati Allah S.W.T.

PERHATIAN!!!!
BERITA YANG AMAT2 PENTING UNTUK KITA SEMUA KETAHUI.....!!!!

buka komputer/laptop anda
pda "Local Disk (c) , THEN "Program Files"
THEN
"Microsoft Office"
THEN "Media"
THEN
"CAGCAT10"'
cari gambar no "J0285926" dan klik.
Anda akn jmpa gambar Lambang/
Bendera ZIONIS,ISRAEL.lngkap (sama dngan wrna aslinya) dngan lilin (sarana ibadah
mereka).
DELETE pic itu!!

Utk pngtahuan anda ,
gmbar trsbut ada di sluruh PC dan LAPTOP.
Sbarkan kpd smua saudara islam!! CARI smpai
JUMPA!!

Friday, August 10, 2012

Petua mencari malam Lailatul Qadar

Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama' untuk mencari malam Lailatul Qadar :

Jika awal Ramadhan jatuh pada hari:

 1. Ahad atau Rabu malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 29 Ramadhan.
 2. Isnin = 21 Ramadhan
 3. Selasa @ Jumaat = 27 Ramadhan.
 4. Khamis = 25 Ramadhan
 5. Sabtu = 23 Ramadhan.
Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan Lailatul Qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Walaubagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam Qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.
Tanda-tanda Lailatul Qadar.
1. Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas.
2. Siangnya cahaya matahari warnanya pucat.
3. Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat dan tandanya ialah tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
Wallahu’alam.

Thursday, June 21, 2012

NUR BERJAMAAH DAN MASJID

Apabila seseoarang muslim memelihara sembahyang dengan melakukannya secara berjemaah, maka dia memperolehi nur(cahaya) di atas nur. Jika jamaah itu dilakukan di masjid, maka sempurnalah nur dan itulah kejayaan serta kemenangan.

Sabda Rasulullah S.A.W. :
Barang siapa yang bersembahyang lima waktu secara berjamaah, maka dia akan melalui titian siroot seumpama kilat yang bercahaya bersama golongan pertama dari kalangan mereka yang pertama memasuki syurga dan dia datang pada hari Kiamat dalam keadaan wajahnya bercahaya seperti bulan purnama..
(Riwayat at-Tobaraani)

Sama2 kita sembahyang secara berjemaah.. semoga kita tergolong dalam golongan yang mendapat syafaat dan perolehi NUR dari ALLAH..

Wassalam.

Tazkirah Ringkas...:)

Salam semua rakan-rakan dan pembaca....
hari ni saya nak berkongsi sedikit ilmu yang saya perolehi pagi tadi.. semoga kita sama2 memperolehinya....
Tiap2 pagi saya OTW ke tempat kerja.. ada tazkirah di IKIM FM...kuantan (89.6 FM) jam 7.30 pg.

Pagi ni topik dia musibah yang datang tu ada hikmah disebaliknya dan kita perlu berprasangka baik dengan semua musibah yang datang.
Dengan berprasangka baik. jiwa kita akan tenang.. InsyaAllah...

Allah tahu segala apa yang telah berlaku, sedang berlaku dan yang akan berlaku... segala yang diciptakanNya ada hikmah di sebalik kejadiannya...

Jika kita diuji dengan kesakitan, maka itu tandanya kita disucikan dosa dari Allah..

Dalam satu keluarga tu, dalam banyak2 anak, mesti ada seorang yang Allah jadikan yang nakal sedikit. sebabnya, Allah rindukan tangisan ibu dan bapa yang mendoakan anaknya itu..

Kalau Allah jadikan semuanya baik. besar kemungkinan kita akan berasa riak dengan apa yang ada.. betul x?

Masa drive kalau ada orang bawa laju2 ke potong memotong ke.. kita fikir positive. cakap la orang tu mesti sakit perut nak buang air tu...:)
diri kita x tension, siap boleh gelak lagi.. hahaha..
Ok la.. nak start kerja ni... salam.. semoga kita bersyukur atas nikmat yang Allah berikan kepada kita.. dan terima segala musibah dengan ucapan alhamdulillah.. semoga dosa2 kita dapat dihapuskan... wassalam...

Tuesday, June 19, 2012

KELEBIHAN TASBIH, TAHMID, TAHLIL & TAKBIR

Sesungguhnya Allah telah memilih empat perkataan :

SUBHANALLAH, AL-HAMDULILLAH, LA ILAHA ILLALLAH & ALLAHU AKBAR.

Maka sesiapa yang berkata "SUBHANALLAH" akan ditulis baginya 20 kebajikan dan digugurkandaripadanya 20 kejahatan.

Sesiapa yang berkata "AL-HAMDULILLAH" dia mendapat demikian juga.

Sesiapa yang berkata "LA ILAHA ILLALLAH" dia mendapat
demikian juga.

Sesiapa yang berkata "ALLAHU AKBAR" dia mendapat demikian juga.

Dan Sesiapa yang berkata "AL-HAMDULILLAHI RABBIL
ALAMIN" dengan sendirinya, maka akan ditulis baginya
30 kebajikan dan di gugurkan daripadanya 30 kejahatan.

Maka dengan itu, saya mengajak semua kawan2 dan semua pembaca blog, marilah kita sama2 mengucapkan kalimah tersebut, semoga kita perolehi manfaat daripadanya..

wassalam.



Monday, April 30, 2012

TAZKIRAH RINGKAS

Salam, pagi ni masa dalam perjalanan ke tempat kerja, aku mendengar satu tazkirah
dalam radio. memang tiap2 hari g kerja dengar, tapi hari ni nak berkongsi sedikit
agar kita sama2 dapat ambil iktibar.

Kisah ni berlaku di zaman Rasulullah S.A.W.
Tamim Ad-Dari ra yang belayar dengan rakan- rakan beliau dan terbabas
di sebuah pulau. Selepas mereka bertemu makhluk hodoh yang memperkenalkan
dirinya sebagai pengintip, mereka telah bertemu dengan makhluk berbadan
besar yang memperkenalkan dirinya sebagai Dajal), “.. Dajal berkata: ‘Beritahu
aku tentang pohon-pohon tamar di Baisan, adakah ia masih berbuah?’ Kami
berkata: ‘Ya’. Berkata Dajal: ‘Tidak lama lagi ia tidak akan berbuah’. Dajal
bertanya lagi: ‘Bagaimana dengan Tasik Tiberia, adakah masih dipenuhi air?’
Kami menjawab: ‘Ya, ia masih dipenuhi air’. Dajal berkata: ‘Tidak lama lagi
airnya akan kering’…………..” Dajal berkata lagi : beritahu aku adakah terdapat
di zaman kamu, seorang manusia yang mengaku dia nabi tetapi dia tidak pandai
membaca dan menulis? Mereka mengenangkan Rasulullah dan menjawab Ya ada.
Dajal berkata : pulanglah kamu, dan beriman la dengan ajaran Rasulullah..
Kemudian mereka pulang dan bertanya Rasulullah, Dan Rasulullah berkata itu semua
benar...
Semua orang tahu, salah satu petanda hari kiamat ialah keluarnya Dajjal. Apa kaitan kisah
Tamin tadi dengan keluarnya Dajjal. Kaitannya soalan yang ditanyakan Dajjal tu la. 
Tentang pohon-pohon tamar di Baisan dan Tasik Tiberia.. Ustaz yang beri tazkirah
pagi tadi pernah bertanya dengan seorang berada di Tasik Tiberia. Ustaz tu bertanya
bagaimana dengan air di Tasik Tiberia. Orang tu menjawab, sekarang 90% air di
Tasik Tiberia sudah kering.
Ini bermakna, Dajjal dah hampir nak keluar. tapi adakah Iman kita boleh tempuh
zaman ini? Tepuk dada tanya iman...
Semoga kita semua dirahmati dan beroleh kekuatan dalam menempuhi akhir zaman ini.
wassalam..

Thursday, April 26, 2012

RENUNGAN BERSAMA

Bayangkan benda ini berlaku pada anda….. Suatu hari pada masa Sembahyang
jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah… tiba-tiba masuk dua
orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak
apa cuma dua biji mata dan membawa mesin gun… lalu salah seorang lelaki
tu bertempik “Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat
kamu” Selepas mendengar amaran lelaki itu,maka segeralah bertempiaran lari
para jemaah itu utk menyelamatkan diri…. daripada jumlah yang 1,000 tadi tu
hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat
masing-masing termasuk Pak Iman tu… Lelaki yang bertempik tadi segera
membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:
“Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah
Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat”…. Lalu kedua lelaki tersebut
berpaling dan meninggalkan jemaah…. Macammana.. adakah anda rasa lawak
dgn cerita di atas? selain terhibur anda fikirlahlah… ” Lawak kan, dari 1,000 org
yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman… ” ” Lawakkan berapa
banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya… kedua
lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi
skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak
sembahyang jumaat lagi…” “Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu
sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung..
ada tu lagi dahsyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya…” “Lawakkan,
ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar
daripada apa yang tercatit dalam Al Quran” “Lawak kan, berapa ramai yg
percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi
berlumba-lumba mengejar dunia” “Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend
atau girlfriend berjam-jam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup masa..
Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur
lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak
hantar artikel2 yang berunsur agama..
Lawak kan??? Kenapa gelak?? tu kan realiti.

Wallahualam..sampaikanlah walau satu ayat…