Tuesday, May 31, 2011

Tips jika anak kecil menangis kena "usik"/Nyakat

Ada beberapa tips yg boleh dikongsi:

1.     Kalo berjalan jauh (especially ngan budak kecik), jgn terus stop di destinasi yg dituju (rumah, hotel, etc..). Singgah dulu mana2 tempat sbb takut ada mende ngikut (tak kira siang/mlm). Masa singgah tu, amik seketul batu/ sehelai daun, selawat & cakap "Jangan ikut kami/aku, ikut daun/batu ni". Then baling batu/daun tu, & teruskan perjalanan ke destinasi..

2. Kalo anak mengangis mlm tak henti, cuba tekan2 telapak kaki dia ngan ibu jari. Kalo anak menangis lagi kuat, maybe ada 'mende' dok nyakat. Kalo tak, mungkin kembung ke ape.

3. Satu lagi tanda ada 'mende' kaco kalo anak menangis mata terbeliak dok pandang atas.

4. Kalo terjadi spt 2&3 di atas,
cuba azan & iqamat (sebaik2nya 7 kali) & baca ayat kursi & 3 Qul (7 kali)

5. Kalo tak berjaya jugak, amik bawang putih/merah, kunyah2 sket supaya berair & sapukan kat pelipat2 (area belakang lutut & siku), dahi & tulang belakang. Ni area 'mende' ni masuk/keluar badan orang. Bila sapu bawang tu 'dia'
kan panas.


Lain2 tips yg boleh dikongsi:

1. Sentiasa bagi salam b4 masuk umah. Especially kalo balik mlm, selawat & baca ayat kursi b4 bukak pintu

2. Kalo balik mlm sorg2, seelok2nya jgn trus masuk bilik kalo anak2 dah tido. Kalo lom solat, solat dulu. Kalo dah, amik wudhu' b4 masuk tido.

3. Kalo gi bercuti ke hotel, b4 masuk bagi salam. Then trus selak suma curtain bagi cahaya masuk & kibas2kan katil.


Tips untuk Emak nya pulak...Papanya tahu macam mana nak settelkan...yohhhh...  biasanya lah kan...kan... emaknya merengek jerrrrrrrr......Papa bagik sedos...line clear..........terus lena......haahaaa   



Buat para/bakal suami dan isteri/bakal isteri, renung2kan lah

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia?

Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah, pun tidaklah setabah Fatimah. Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita- cita menjadi solehah....

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama.

Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya.

Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya.

Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya.

Isteri adalah murid kamu mursyidnya.

Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya.

Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya.

Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya.

Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.

Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.

Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana.

Justeru kamu akan tersentak dari alpa.

Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w.

Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah.

Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin..!

Untuk isteri.... renungkanlah. ....

Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia?

Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw.

Tidaklah setaqwa Ibrahim. Pun tidak setabah Ayyub

Atau pun segagah Musa ... apalagi setampan Yusuf.

Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangunkan keturunan yang soleh..

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama

Suami menjadi pelindung kamu penghuninya.

Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya.

Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya.

Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya.

Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya.

Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya.

Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki suami yang tak segagah mana.

Justeru kamu akan tersentak dari alpa.

Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna dalam menjaga.

Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara .

Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah... amin!

Justeru itu wahai para suami dan isteri,

Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya.

Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semuliaRasulullah? Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha? Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman DAN Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.

Allah Tuhanku, Muhammad Nabiku, Islam Agamaku, Al-Quran Imamku, Kaabah Kiblatku, Solat Kewajipanku, Sekelian Muslimin Saudaraku dan Ibrahim Al-Khalil Datukku. Aku hidup dan mati atas kalimah 'LAA ILAHA ILLALLAH'


 

Tuesday, May 10, 2011

Duhai Anak..... :))

ehem.... Smua yg bgelar suami, isteri...  pasti mengharapkan anak... "ANAK".
Berguraulah dengan anak kamu kala usianya 1 hingga 7 tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat.

Lepas 7 hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya...bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah...


"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan
tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.



KalO umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mulamerenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka".


Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka .
Antara sebab anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok."Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur,pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...


comelnyer dier............. gerammmm

 
allo2... comeynyerrr


































 

Wednesday, February 2, 2011

DI DALAM HIDUP MANUSIA

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.


TETAPI AWAS,

Apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,
Ketika itu manusia mula mengubah tabiat.
Apabila manusia telah mengubah tabiat,ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat,sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jer la minyak gamat.


Yang lelaki,

budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.


Yang perempuan,Pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat... (apa dapat...)
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat.
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.


Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.



MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.


Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.



Umur mu banyak mana , berapa banyak kamu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah kamu buat...?
Harta benda anda, dari mana anda  dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?


Sebagai sesama insan sama2lah ingat mengingati sesama insan!!!
Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera
meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.


Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sendiri mau ingat.


Thursday, January 27, 2011

Tazkirah ringkas

 Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah
S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redhaNya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

Tuesday, January 25, 2011

TRIP KE GUANZHOU- SHENZEN- CHINA (Planning)

25 FEB 2011 (Hari Pertama)

Tiba di Guangzhou pada pagi 25 feb, jumaat. Kami akan dibawa ke Yuexiu Park, Taman Urban terbesar di China.
Salah satu tarikan disini adalah FIVE RAM SCULPTURE, yang dibina pada tahun 1959 ;
The FIVE RAMS SCULPTURE adalah simbol Guangzhou.
Kemudian membeli-belah di Mayawang Centre, dan melawat Beijing Road- salah satu jalan terkenal di Guangzhou.

26 FEB 2011 (Hari Kedua)

Pada Hari kedua pula, kami akan dibawa ke destinasi iaitu Dr. Sun Yet-sen's Memorial Hall; yang terletak di Dongfeng Zhong Lu.
Ia dibina untuk mengingati  penemu Republik China dan tokoh tempatan Dr. Sun Yat-Sen.
Ia dibina  pada tahun 1931 dan dibina  diatas tapak asal pejabat Sun Yat-Sen.
kemudian kami akan dibawa melawat Masjid Guangta Mosque, Ia merupakan satu Masjid tertua di China.
Tidak lupa juga tempat kami bershopping hari kedua ini, iaitu di Burning Cream Center dan Shangxiajiu Shopping Street.


27 FEB 2011 (hari ketiga)

Pada pagi ketiga pula, kami akan dibawa melawat taman terkenal iaitu Lotus Mountain Park.
Disini tempatnya bersih, segar, kawasan terbuka dengan rumput yang menghijau.
Taman ini terletak di pinggir Bukit Lianhua (ketinggian 106 meter)
ia juga merupakan kawasan untuk beriadah.
Di atas Gunung Lotus ni terletak Dengxiaoping Bronze Stature untuk mengingati kebijaksanaan dan kehebatannya.
Selepas itu, kami dibawa untuk shopping lagi di Jewelry Centre.
Kemudian kami dibawa melawat Shang Meilin Mosque. Iaitu satu-satunya masjid di Shenzhen.


28 FEB 2011 (hari keempat)

Pada hari terakhir ni, kami dibawa melawat ke Red Forest Seaside Park
Disini kami bolehlah menikmati keindahan alam semulajadi yang tenang dan cantik.
kemudian kami dibawa melawat ke Shenzhen International Garden and Flower Expo Park.
Then Shopping lagi di Silk Store.
kemudian pergi shopping lagi di Luohu Commercial City dan Dong Walking Street.
huhuhu abis la duit...
Kemudian kami pun berangkat pulang ke Malaysia. Semoga Selamat Sampai :))


Thursday, January 13, 2011

Sama-sama kita renungi

Adalah seorang hamba ALLAH ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan.

Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu
bunyi... Jeng!Jeng!Jeng! ... bunyi....AAUUUMMMMM !!!!! Bunyi harimau yg
kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si hamba ALLAH ni
pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba ALLAH ni.
Sebab dia dah lapar sangat ni.
Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba ALLAH ni punyalah
takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia
diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi. Dengan kuasa ALLAH
diperlihatkan sebuah perigi di depan mata ya. Jadi untuk menyelamatkan
diri si hamba ALLAH ni pun terjunlah ke dalam perigi.
Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba ALLAH ni bergayut pada
tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah
perigi. Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba
ALLAH ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil
berdoa kepada ALLAH agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner
nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.

AAAAA!!!!... Ya ALLAH..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa
kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh
ditimpa tangga. lagilah takut si hamba ALLAH ni. Atas ada harimau bawah
ada buaya. Semakin risau dan takut. Tengah berfikir untuk mencari jalan
keluar, tetiba keluar seekor  tikus putih dari lubang celah-celah perigi,
naik ke atas ikut tali yg hamba ALLAH tu bergayut.

Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak.  Cis, kurang ajar punya tikus.
Alahhhh.... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam.
Naik mengikut tali tadi, Cit!Cit! Cit!Cit! sampai kat atas.

Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku
nak buat ni.... habislah jadi mangsa buaya
Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu
tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih...
Sedang hamba ALLAH tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya,
tetiba.... terdengar satu bunyi.... BZZZZZ BZZZZZ...  bunyi lebah bawa madu. Si hamba ALLAH ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu.
Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba
ALLAH ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba ALLAH tu kata
,
"Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya.


SUBHANALLAH sungguh sedap ni."
Kerana setitik madu si hamba ALLAH tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg
menantinya di bawah.
Kalau semua nak tahu , si hamba ALLAH itu adalah kita semua.
Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar
kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah Malaikat Munkar dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti. Tali yg tempat si hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang
sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu. Madu...,madu
yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia.
Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya,dia lupa pada
harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada
ALLAH. Waktu susah baru la nak ingat ALLAH.
ASTAGHFIRULLAH. ..