Friday, March 25, 2016

Assalamualaikum

Selamat pagi semua..
dah lama tak update blog ni.. huhu..
sibuk sangat la konon.. biasa la.. sekarang sambung belajar lagi.. kerja lagi.. siap buat part time kerja lagi..
kos sara hidup makin tinggi la katakan.. so mana nak bayar yuran sem lagi.. nak bayar rumah lagi.. kereta lagi..
harap duit gaji je.. memang cukup makan je la.. xde nak menyimpan dah..
so sekarang ada la bisnes sikit2.. untuk tampung duit poket..
ok.. sekarang ni saya ada buat part time bisnes.. niaga simple je.. jual baju je..

 
 
Ni page FB bisnes saya.. "Boss Baju Murah".. boleh la cari makan sikit2..
khas untuk sesiapa yang ingin menceburi bidang perniagaan.. sesuai la dengan harga dan pendapatan yang bakal dapat nanti.. hehehe..
antara koleksi yang ada..


 
ada banyak lagi.. ada 200 design yang menarik..
harga?? nak tau boleh like page FB tadi.. xpun contact je saya.. harga member2 je bagi :)
ok la.. babai.. jumpa lagi di lain waktu..
Assalamualaikum.....

Thursday, April 23, 2015

TIPS PASANGAN SUAMI ISTERI KEKAL BAHAGIA

1. Malam adalah masa untuk keluarga. Simpan handphone, jauhkan iPad.

2. Jika anda lelaki berkahwin, jangan keluar malam. Penuhi masa dengan isteri dan anak-anak. Ini dapat menghalang perkara yang tak sewajarnya.

3. Jika suami isteri sibuk, sentiasa cari masa. Nikmati masa tersebut.

4. Jangan terlalu sibuk/gila mcari wang kerana mahukan kehidupan yang senang pada masa hadapan, percayalah rezeki itu di tangan Allah. Berusaha tapi bukan sehingga mengabaikan yang sepatutnya.

5. Sentiasa peluk cium pasangan. Kita tak tahu sama ada itu pelukan / ciuman terakhir buat pasangan.

6. Suami perlu sentiasa telefon isteri, begitulah sebaliknya. Mula-mula mgkn rasa macam rimas, isteri queen control dll. Pedulikan jika kawan menyindir. Kemudian kita akan sedar inilah cara mengikat kasih sayang. Walaupun meeting, at least cakap 'saya meeting'. Jangan biarkan panggilan tak berjawab. Sekali lagi, mungkin itu panggilan terakhir dia buat kita.

7. Sentiasa update lokasi anda berada kepada pasangan.

8. Ketahui pakaian yang dipakai pasangan/anak-anak sebelum keluar. Ramai yang tak mengambil berat perkara ini. Malang tak berbau kan?

9. Biar tinggi mana pangkat dan gaji isteri, suami tetap perlu mnjadi ketua keluarga yang bertanggungjawab. Segala makan pakai urusan suami. Hari ini bila isteri juga menyumbang kepada ekonomi keluarga, secara tidak langsung (tanpa sedar sbenarnya) isteri itu menuntut hak sama rata. Hak dalam membuat kputusan. Jadi, lebih baik duit isteri, hak isteri dan ini mendorong isteri lebih patuh kepada suami kerana sedar bahawa suami telah melakukan sehabis baik demi keluarga.

Friday, April 17, 2015

PESANAN BUAT SUAMI


1-Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2- Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3-Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

4-Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

5-Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

6-Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

7-Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

8-Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

9-Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

10.Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

11-Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

12-Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

13-Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

14-Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.

15-Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah
mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan"

Wednesday, April 1, 2015

Rasailah kebahagiaan itu

Orang yang dicintai merasa bahagia.
Bahagianya bukan kerana dicinta.
Tetapi dia dicinta kerana bahagianya.


Apa itu bahagia?
Dimana bahagia?
Adakah bahagia datang kerana nasib?
Orang kaya sajakah yang bahagia?
Orang berjaya sajakah yang berasa gembira?


Tidak Tidak Tidak!
Semua orang berhak merasa bahagia.
Bahagia bukan bergantung pada nasib.
Bahagia bukan pada keadaan.
Bahagia bergantung pada bagaimana nasib dan keadaan itu diterima.


Ada pemuda penghidap kanser berkata ;
“Saya bernasib baik dan masih gembira walaupun menghidap kanser.
Kerana kanser ini, saya tahu bila saya akan mati.
Saya dapat minta maaf dan terima kasih kepada rakan-rakan, keluarga dan ibu bapa.
Saya gembira, puas dan bahagia”


Usah dikata
“Saya tidak bahagia. Saya tidak gembira.”

Kalau begitulah yang dikata, begitulah yang dirasa, begitulah jadinya.
Kata-kata itu doa. Doa yang dikota oleh Maha Pencipta.
Orang yang tidak merasa bahagia, selalu terlupa nikmat yang ada.
Orang tak bahagia sentiasa hendakkan apa yang tiada.
Yang tiada itulah yang dikira.
Yang ada depan mata langsung tidak disyukurinya.
Pabila rasa syukur tiada, maka hilanglah rasa bahagia.


Semua orang berhak bahagia.
Sesiapa saja boleh bahagia.
Untuk bahagia tidak perlu kaya.
Bahagia bukannya pada benda atau harta.
Bahagia itu perasaanlah yang merasa.
Bahagia itu pada kesedaran adanya.


Wahai penagih cinta…
Rasa bahagia bukan pabila dicinta,
tetapi untuk dicinta perlu rasa bahagia.

Usahlah dipinta bahagia pada sesiapa.
Kerana ianya ada pada setiap kita.
Hasil kurnia yang Maha Esa.

CIRI-CIRI CALON SUAMI MENURUT ISLAM

Pemilihan seorang wanita bagi mencari bakal suami yang memiliki ciri-ciri calon pilihan suami yang baik menurut Islam adalah sukar sebenarnya. Memang benar bahawa jodoh dan pertemuan itu takdir dan ketentuan Allah سبحانه وتعالى. Namun ketentuan ini tidak menafikan usaha dan ikhtiar.
Syaidatina Aisyah r.ha. berkata, “Pernikahan hakikatnya adalah penghambaan, maka hendaknya dia melihat dimanakah kehormatannya akan diletakkan.”
Berikut adalah ciri-ciri calon pilihan suami yang baik menurut Islam:

1.    Berkemampuan

Lelaki yang berkemampuan sebagaimana hadis Rasulullah Riwayat Ahmad Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah :
“Wahai permuda-pemuda; sesiapa di antara kamu bernikah, maka hendaklah ia bernikah, yang demikian itu amat menundukkan pandangan dan amat memelihara kehormatan, tetapi sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu menahan nafsu.”
Mampu yang dimaksudkan, berupaya menyediakan tempat tinggal, saraan hidup yang kebiasaan, serta pakaian untuk menutup aurat. Seperti memberi makan dengan apa yang dia (suami) sendiri makan, memberi pakaian dengan apa yang dia sendiri pakai. Bukan bermaksud memberi pakaian lelaki kepada isterinya, tetapi taraf kualiti sesuatu itu, yang diperuntukkan untuk dirinya, itulah yang diperuntukkan untuk isterinya juga. Maknanya lelaki yang bertanggung jawab. Perkara-perkara ini wajib dilaksanakan suami dan kegagalan menyempurnakannya boleh mendatangkan kesan buruk dan mudah berlaku perceraian.

2.    Tidak Dayus

Lelaki yang sanggup menjadi pembela pasangannya. Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda. Sanggup melindungi perempuan daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi dan menjadi isterinya, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup. Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.

3.    Baik

Pandai menjaga darjat diri dan menepati janji, apabila berkata dikota dan diamalkan. Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu.

4.    Tidak Membebankan

Berkebolehan di dalam urusan rumahtangga. Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan. Bukan dari jenis lelaki yang tidak bertimbang rasa, yang sentiasa memerintahkan isterinya itu dan ini tanpa mengira isterinya sakit atau kepenatan. Kelebihan ini juga bukan jalan kepada pihak isteri untuk mengambil kesempatan dan mesambil lewakan layanannya kepada suami.

5.    Mempercayai Isteri

Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersikap ‘suuzon’ iaitu tidak bersangka buruk terhadap isteri. Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah. Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami akan sentiasa menyangka buruk. Si isteri pula janganlah memusnahkan amanah dan kepercayaan yang diberi.

6.    Bertanggungjawab

Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan. Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri. Mungkinlah pendapat ‘memakan harta perempuan’ di sini adalah sepertinya seorang suami yang tidak melakukan apa-apa dengan bersenang-senangan semata-mata. Dan menghabiskan harta isterinya dalam jalan mungkar, syahwat dan sia-sia pula.
Allah سبحانه وتعالى sangat tidak menyukai manusia yang hanya bertawakal dan menyerah diri tanpa usaha sedangkan kejayaan dicapai melalui usaha yang semaksima mungkin.
Namun begitu suami boleh menggunakan harta si isteri dengan kerelaannya bukan berdasarkan niat mengambil kesempatan. Dan seperti yang kita ketahui juga Khadhijah r.ha. telah menghabiskan hartanya demi membantu suaminya (Rasulullah ) dalam menegakkan agama suci, Islam.
Khadijah r.ha. diriwayatkan telah membuka isi hati kepada suaminya dengan ucapan: “Wahai Al-Amiin, bergembiralah! Semua harta kekayaan ini baik yang bergerak maupun yang tidak bergerak, yang terdiri dari bangunan-bangunan, rumah-rumah, barang-barang dagangan, hamba-hamba sahaya adalah menjadi milikmu. Kamu bebas membelanjakannya ke jalan mana yang kamu redhoi !”
Dan sebagaimana Firman Allah سبحانه وتعالى:
وَوَجَدَكَ عَائِلًا فَأَغْنَىٰ ﴿٨ ﴾“Dan Dia (Allah) mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kekayaan.” (Surah Adh-Dhuhaa: Ayat 8)

7.    Mudah Memaafkan

Sifat mudah memaafkan ini adalah sebahagian daripada sifat terpuji Rasulullah ketika menegakkan agama Islam. Oleh itu suami bertanggungjawab sepenuhnya kepada isteri dan anak.

8.    Berketurunan Baik Dan Rajin Beribadah

Datang daripada keturunan orang yang baik-baik lagi rajin beribadah. Mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia serta sangat menghormati orang tua, berpegangan agama lagi rajin beribadah dan tidak berpenyakit keturunan seperti gila atau penyakit merbahaya yang boleh membawa kepada kesengsaraan hidup.
Apa yang lebih utama dari segala huraian di atas ialah Agamanya. Pilihlah yang beragama dan teguh dengan pegangan Islam ini. Tidak mengapa jika calon suami itu terkurang sedikit dari segi keduniaannya, tetapi lebih dari segi agamanya.
Firman Allah سبحانه وتعالى:
…إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّـهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّـهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ ﴿١٣ ﴾“Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu. Bahawasanya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Surah Al-Hujuraat 49: Ayat 13)
Syarat bagi seorang lelaki untuk masuk syurga menjadi anak yang soleh kepada ibu bapanya manakala syarat bagi wanita pula menjadi isteri yang solehah kepada suaminya yang akan membawanya ke syurga kelak. Inilah ciri terpenting dalam memilih calon suami yang beriman sebagai ketua dan pemimpin dalam  mendidik isterinya dan seterusnya mentarbiyahkan anak mengikut lunas-lunas syarak.

Monday, March 30, 2015

ASSALAMUALAIKUM

Hai semua...
Lama dah tak menulis blog ni...
Almaklumla. bz la kononnya.. huhuhu...

Actually, Banyak sangat perubahan yang berlaku.. perubahan untuk kehidupan seterusnya..
Perubahan kerja, perubahan menjadi seorang yang bekerja sambil belajar, dan perubahan umur..hahaha..

Semoga tahun 2015 ni menjadi sumber inspirasi untuk lebih berjaya pada masa akan datang...

In Shaa Allah..

Sebut pasal 2015 juga...
1 April 2015...(April Fool) huhu..
Bermulalah 1 lagi era perubahan terhadap negara.. iaitu perlaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)(Goverment services tax)

Setiap sesuatu ada baik dan ada buruknya..
Jadi nak tahu baik buruknya, tanyalah pada yang pakar..
bukan dengar khabar angin je..

Jadi kita sebagai pengguna mesti menggunakan hak kita sebagai pengguna, agar kita tidak ditindas oleh peniaga yang sengaja menaikkan harga sesuka hati atas tiket gst.. sebabnya gst bukanlah satu cukai baru, malah ia merupakan penggantian kepada cukai yang sedia ada..
kalau nak tahu lebih lanjut, bacalah di web kastam..
www.customs.gov.my

Tuesday, December 23, 2014

Hujan Ooo Hujan




Kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling Kita,
"Cuaca buruk je akhir-akhir in ye..." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?

Berapa ramai di kalangan Kita yang mengeluh bila Hari hujan?
- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap Hari hujan...susah la mcm in
- Payah nak buat apa2 kalau Hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan!

-Aduh banjir la kalau mcm ni..

Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan DOA :
"Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).

Hakikatnya, hujan itu rahmat.

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) ." (Al-A'raf : 57)

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan

Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.

Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?

"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram in..?" Macam biasa dengar ayat TU kan ? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.

Sedarkah Kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, DOA mustajab.

Sekarang ini, di tempat Kita hampir tiap-tiap Hari hujan. Tiap-tiap Hari Ada masa untuk DOA menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH. Semoga Hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, Hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf Dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun Ada juga mengingatkan Kita tentang kebijaksanaan Allah.

Lihatlah firman Allah yg bermaksud : "Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru Hari ini Kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada Kita sekarang ini Ada sebabnya, Ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air Dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; Dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (al-Hijr : 22)

Semoga Ada iktibar untuk peringatan Kita.

"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit Dan bumi Dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)

So lepas ni, bila hujan jangan la bersungut ek.Berdoa la banyak2...