Tuesday, May 27, 2014

ELAIKA (MUHAMMAD UBAID)

kupersembahkan kepadaMu harapanku wahai Tuhan
sekalipun aku seorang yang berdosa wahai Zat yang Maha pemberi dan pemurah
tatkala sesak dadaku dan sempit perjalanan hidupku
kujadikan rayuanku sebagai jalan mengharap keampunanMu
hanya Engkau sahaja yang memiliki keampunan untuk dosa yang tidak akan terhapus ini.
bila Engkau belas dan Engkau ampun; itu kebaikanMu dan kasih sayangMu.
bukankah Engkau yang memberi aku makan dan hidayah?
dan memang selamanyalah Engkau yang memberi anugerah dan ni'mat itu kepadaku
semoga sesiapa yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku
dan menutup dosa2ku dan setiap perkara yang telah lalu
sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan
kezaliman, penganiayaan yang tak pernah terpisah dariku
dan jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa
sekalipun kesemuanya memasukkan diriku bersama salahku ke dalam neraka
dia menjadi ramah ketika mengingat tuhannya
tetapi bila bersama yang lain di dunia ini dia membisu
dia berkata: Kekasih, Engkaulah harapanku
cukuplah hanya Engkau bagi orang2 yang berharap; harapan dan kekayaan
kupelihara kasihku yang dicemari nafsu
dan aku jaga janji kasih yang telah tercalar
di saat kujaga, aku rindu, dan di saat kulelap aku berharap
yang sesalu mengiringi langkahku; bersemangat dan berirama,
maka dosaku adalah besar dari dulu dan kini
dan keampunanMu yang mendatangi hamba;
meninggikan dan memuliakan (martabatnya).

(antara bait2 syair Imam Syafi`e ketika beliau sakit sebelum menghembuskan nafas terakhir)

Monday, May 26, 2014

10 Perkara Sia-sia

Sufyan at-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:

1. Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin.

2. Orang yang kerapkali membaca Al Quran, tapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.

3. Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan solat tahiyatul-masjid.

4. Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tetapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah-arwah mereka.

5. Laki-laki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan solat Jumaat.

6. Laki-laki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tetapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.

7. Dua orang laki-laki yang bersahabat, tetapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.

8. Laki-laki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tetapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.

9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu sahaja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.

10. Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.

Moga dapat menambahkan lagi amalan agar hidup tidak disia-siakan.
InsyaAllah~

AMALAN YANG BOLEH MEMBAWA KITA KE SYURGA INSYAALLAH

  • Berdoa sebelum apa-apa pun
  • Berdoa selepas apa-apa pun
  • Bersangka baik
  • Bersedekah
  • Berzikir
  • Membaca al-Ma'thurat
  • Membaca al-Quran
  • Membantu orang lain
  • Menasihati kawan
  • Menimba ilmu yang baik
  • Puasa sunat Isnin/Khamis
  • Senyum
  • Solat berjemaah
  • Solat sunat

Tanda Tidak Khusyuk Solat

“Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya”
[Surah 23: Al-Mukminun, Ayat 1-2]

Solat itu tiang agama. Solat 5 waktu rukun Islam kedua. Solat menjadikan kita orang yang berjaya. Sedarkah jika ada kekurangan dalam kita melaksanakannya?

Khusyuk merupakan satu topik yang penting dalam ibadah solat. Seolah-olah apabila kita berkomunikasi dengan seseorang, pastinya kita perlu memberikan perhatian terutamanya untuk menujukkan rasa hormat. Bayangkan apabila sedang dalam sebuah interview untuk mendapatkan kerja, mestilah kita perlu berikan perhatian kepada interviewer. Mungkin boleh juga kita andaikan bahawa solat itu interview untuk masuk syurga? Dan orang yang khusyuk itulah antara yang berjaya.

Di dalam al-Quran, Allah SWT telah menunjukkan satu petanda menarik sama ada kita khusyuk atau tidak dalam solat. Ya, memang kita selalu belajar dalam sekolah agama atau Pendidikan Agama Islam di sekolah tentang khusyuk dalam solat. Tetapi petanda ini rasanya antara yang mudah untuk kita tetapi. Firman Allah, yang bermaksud..

"Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya."
[Surah 2: Al-Baqarah, Ayat 45-46]


Daripada ayat suci ini, Allah menerangkan kepada kita bahawa solat itu sangat berat kecuali kepada mereka yang khusyuk. Petanda bukan? Cuba kita perhatikan diri kita. Apabila masuknya waktu, apa kita rasa?
"Wah dah azan, solat2!"

atau

"Adoi, dah azan..kena la solat.."

Beza kan? Marilah muhasabah diri, renung2kan hati..adakah kita merasa berat untuk menunaikan amanahNya ini? Khusyukkah kita dalam solat? Jika ya, alhamdulillah..teruskan. Jika tidak, marilah kita perbaiki amalan.

Friday, May 2, 2014

CARILAH REDHA ALLAH..

Carilah redha Allah, kita tidak akan kecewa
Carilah redha Allah, kita akan tenang..
Janganlah cari redha manusia, kita akan kecewa..
Suka manusia kepada kita bukan berpanjangan,
Adakalanya dia suka kepada kita, suka nya pura-pura.
Suatu hari nanti akan nyata juga,
Adakalanya redhanya kepada kita di waktu kita senang,
Setelah kita susah, kita dibuang dan ditendang,

Janganlah membuat sesuatu kerana keredhaan manusia,
Kerana manusia ramai yang tidak mengenang jasa,
 Buatlah sesuatu untuk keredhaan Allah,
Manusia suka atau benci tak usah dipedulikan,
Yang penting kita buat itu Allah suka..
Dengan manusia tak usah ambil kira,
Manusia hendak puji atau manusia hendak caci,
Itu soal dia,
Yang penting APA KATA ALLAH….
Keredhaan Allah itu penting,
Redha.Nya adalah balasan,
Balasan-Nya adalah berkekalan..
Carilah keredhaan Allah...
In shaa Allah hati senang...

Ya Allah,, Berikanlah keredhaanMu terhadap ku..
Ku tahu ini semua ujian dariMu..
Janganlah Kau uji yang tidak mampu aku tanggungi..
Bantulah hambaMu ini Ya Allah..
Ku tiada tempat mengadu dan meminta pertolongan,
Hanya kepadaMu tempat aku mengadu segala kesulitanku..
Bantulah hambuMu ini Ya Allah..
Amin...

RENUNGAN BERSAMA....

Sesungguhnya didalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita. Terdapat 24 perkara-perkara yang jangan dilakukan yang seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri..

1-       Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH S. W. T.

2-       - Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.

3-       Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.

4-       Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

5-       Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal (kerana waktu pagi itu membuka segala pintu keberkatan)

6-       Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dijamah adalah dari muntah syaitan.

7-       Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut anda mati dalam perjalanan.

8-       Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

9-       Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

10-   Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dan baiknya.

11-   Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

12-   Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

13-   Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Ia boleh merosakkan silaturrahim.

14-   Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH S. W. T. dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.

15-   Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

16-   Jangan banyak ketawa nanti jiwa mati.

17-   Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.

18-   Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH

19-   Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.

20-   Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.

21-   Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.

22-   Jangan lupa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan salam ketika masuk ke rumah. Dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.

23-   Jangan memakai tangkal kerana ALLAH S. W. T. tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakainya tangkai. Ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal, bukan kepadanya.

24-   Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata ‘jangan’. Sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya  ALLAH S. W. T itu lebih mengetahui.

In shaa Allah smoga ia bermanfaat buat smua...