Thursday, February 13, 2014

Amalan Sebelum Keluar Rumah

Assalamualaikum.. apa khabar semua sahabat..
Dah lama saya tak update blog saya ni..
In Shaa Allah hari ni saya nak berkongsi amalan sebelum kita keluar rumah..

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
 
“Jika seseorang keluar dari rumahnya lalu membaca (zikir): Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah


(Dengan nama Allah, aku berserah diri kepada-Nya, dan tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan-Nya),

maka malaikat akan berkata kepadanya: “(sungguh) kamu telah diberi petunjuk (oleh Allah Ta’ala), dicukupkan (dalam segala keperluanmu) dan dijaga (dari semua keburukan)”, sehingga setan-setanpun tidak bisa mendekatinya, dan setan yang lain berkata kepada temannya: Bagaimana (mungkin) kamu bisa (mencelakakan) seorang yang telah diberi petunjuk, dicukupkan dan dijaga (oleh Allah Ta’ala)?”

[HR Abu Dawud (no. 5095), at-Tirmidzi (no. 3426) dan Ibnu Hibban (no. 822), dinyatakan shahih oleh imam at-Tirmidzi, Ibnu Hibban dan syaikh al-Albani.].

In Shaa Allah, kita sama2 mengamalkan ye.. semoga kita semua dalam rahmat Allah..
Amin...

Wednesday, February 5, 2014

Apakah yang anda buat pada masa lapang??

Malam tadi, saya ada terbaca 1 website dan blog orang lain.. saya terbaca 1 hadith..
Saya tersentak, berfikir dan termenung.. Bermuhasabah tentang diri saya sendiri..

Hadith dia macam ni..
” Dari Ibnu Abbas radiallahu’anhu, beliau berkata, Nabi Sollallahu’alaihi wasallam telah bersabda :
2 Kenikmatan, yang mana kebanyakan manusia tertipu (terlupa/terlalai) pada keduanya, iaitu KESIHATAN dan MASA LAPANG” {Hadith Riwayat al-Bukhari, no.5933}

Subhanallah, Maha Suci Allah.

Benar sekali kata-kata Rasulullah SAW itu..

2 nikmat yang sering kita semua sering terlupa dan terleka iaitu :
1. Nikmat SIHAT
2. Nikmat MASA LAPANG.

Ayuh, Kita cuba muhasabah diri kita sebentar.
”Apakah yang kita buat semasa kita sihat?? Banyak mana amal ibadah yang kita lakukan??
Apakah benar-benar kita menggunakan masa lapang kita dengan sebaik mungkin??
Atau kita hanya habiskan dengan hanya main facebook,twiter, dll..

Fikir-fikir,Renung-renung dan selamat beramal..

Buatlah amal soleh @ kebajikan sebanyak mungkin.
Paling mudah berzikir.. memuji Tuhan yang Maha Esa..
Hurmm..zikir nampak mudahkan..
Tapi berapa ramai yang dapat amalkan zikir setiap masa??

Tepuk dada tanya Iman.. J