Thursday, January 30, 2014

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Assalamualaikum semua.. Apa khabar hari ni..
semoga kita semua di rahmati oleh ALLAH swt. In Shaa Allah... Hari ni saya nk kongsi kelebihan membaca ayat kursi.. mungkin ada antara kita da tau, tapi xpe mungkin ia sebagai ulangkaji/tambah ingatan semua.. sama2 kita amalkan nanti..

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah.
Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah.
Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya.
Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT
menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan
pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,Sampaikanl ah pesanku biarpun satu ayat..."


Wassalam,

"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia Mu, Utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat Mu"

Wednesday, January 29, 2014

Paku dinding

Assalamualaikum.. Hari ni saya nak berkongsi cerita dan semoga kita mengambil pengajaran.. In Shaa Allah...
Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.

Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana
pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah
melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

"Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda."

Aku Takut ,Tapi...

Aku takut kehilangan kekasih...
Tapi..aku lagi takut
kehilangan kasih Allah...

Aku Takut kehilangan Cinta..
Tapi..aku lagi takut
kehilangan cinta Allah..

Aku takut ditinggal kekasih
Tapi..aku lagi takut
meninggalkan Allah

Aku takut tidak di sayangi kekasih
Tapi..aku lagi takut
Tidak disayangi Allah

Aku Sayang dan Cinta Padamu..
Tapi..aku lagi Sayang dan Cinta pada Allah..

Tuesday, January 28, 2014

Manusia itu ibarat seperti botol

Saya tertarik dengan kata-kata seorang ulamak tentang perumpamaan  seorang manusia.
Dalam satu ceramah yang diadakan di Madinah, Ulamak tersebut telah berkata :

“Manusia ini ibarat seperti BOTOL. Sebiji botol sekiranya di isi air mineral, harganya menjadi 1 Riyal. Botol yang sama, sekiranya di isi dengan jus, harganya boleh menjadi 10 Riyal. Dan botol yang sama, jika di isi Madu Yaman, harganya akan menjadi 200 Riyal. Botol yang sama juga, jika di isi dengan minyak wangi odd(minyak dari pohon gaharu), harganya boleh mencecah 1,000 Riyal.
Manakala, botol yang sama juga, jika di isi dengan air longkang, maka ia langsung tidak berharga, malah ia akan di buang dalam tong sampah. Tiada siapa pun suka dan mahu botol yang mengandungi air longkang.

Botol yang sama tapi harganya berbeza mengikut isi kandungannya...

Manusia itu semuanya sama, yang membezakannya adalah IMAN dan AMAL dalam dirinya yang akan menyebabkan samaada dia berharga di sisi ALLAH, atai dia dipandang hina oleh ALLAH lalu di buang dalam neraka..”

Sesungguhnya dunia ini sangat tidak bernilai disisi ALLAH umpama bangkai anak kambing yang cacat cuping telinga. Itulah perumpamaan yang dibuat oleh Nabi SAW.

Moral of the story

”Bernilai atau tidak kita disisi ALLAH bergantung kepada IMAN dan AMAL kita.
Ayuh kuatkan iman, perbanyakkan amal. INSHA ALLAH berjaya dunia akhirat.

Wallahu a’lam..

Monday, January 20, 2014

Cerita Pendek Yang Penuh Makna

Apabila membaca sesuatu artikel atau berita, jangan sekadar baca untuk suka-suka. Jangan hanya baca sepintas lalu. Ia amat merugikan. Kerana dalam setiap artikel sebenarnya ada banyak mesej dan pengajaran.
Daripada apa yang kita baca, pasti ada sesuatu yang boleh kita jadikan pedoman atau setidak-tidaknya peringatan diri.
Kali ni saya nak kongsi 2 cerita pendek yang penuh makna bagi mereka yang mahu berfikir dan merenung.

Cerita 1

Seorang Cikgu telah buat kuiz kepada muridnya...

Cikgu : "Dalam banyak2 tangga, tangga apakah yang paling susah nak naik?"
Murid : " Hmmm.. Tangga Batu Cave Cikgu..."
Cikgu : "Salah.. Tangga Batu Caves walaupun ada beratus tangga, tapi berduyun-duyun orang naik.."
Murid : "Habis tu..Tangga apa Cikgu? (Muka tertanya2)
Cikgu : " Tangga yang paling payang untuk dinaiki.. iaitu TANGGA MASJID!!! Walaupun mungkin cuma 2~3 anak tangga je tapi susah nak naik..
Buktinya, cuba perhatikan jumlah orang yang berjaya naik tangga masjid setiap hari..?.
Murid : "(Semua terkedu)..

Cerita 2

Di sebuah kampung di hujung kota...
Kira2 pada pukul 12 tengah malam, ada seorang pemuda di surau kampung tersebut telah melaungkan azan dengan lantangnya (guna mikrofon).
Belum sempat si pemuda itu habis melaungkan azan, kelihatan begitu ramai penduduk kampung yang datang berkumpul di halaman surau.
ketika itu, beberapa orang kampung pun bersuara :
"Hoiii budak... Ko ni gila ker apa?! Apesal buat kerja gila, azan tengah2 malam buta ni? Buang tebiat ke apa..??

Mendengar cemuhan penduduk tu..si pemuda dengan muka selamba berkata :
"Tuan2... saya kah yang GILA atau KAMU YANG GILA?"
" Masa saya azan pada waktu yang betul, tiada siapa pun yang datang. Tapi bila saya azan bukan pada waktunya, Mengapa tuan2 semua datang?!!"
"Siapa yang lebih gila?? Saya @ Tuan2"

Semua penduduk diam ternganga seribu bahasa...
Hanya cengkerik riuh rendah bising mentertawa akan penduduk yang 'terkena penangan'orang gila'..

Haa,, cmne? dapatkah anda faham mesej @ pengajaran dari cerita ni..
Kita merupakan pemimpin.. Jom sama2 kita berdakwah.. mana tahu dari lidah kita yang insan biasa2 ni, orang akan berubah kepada kebaikan..Allah sahaja yang Maha Mengetahui..
Sama2 kita muhasabah diri..
Yang baik datang dari Allah yang buruk dari kelemahan diri saya.. mohon maaf atas kekurangan..
Wassalam...

Friday, January 17, 2014

TIPS BERHADAPAN DENGAN ORANG YANG SUKA MENYAKITI

Dalam dunia ini, pasti kita akan berjumpa dengan orang yang suka menyakiti. Tak kira melalui perkataan atau perbuatan.
Kadang-kadang, sikap menyakiti orang lain ini sudah menjadi tabiat.
Orang yang suka menyakiti (terutamanya hati dan perasaan) orang lain itu hanya mengikut nafsu. Mereka berasa puas sekiranya dapat menyakiti @ melukai hati orang lain. Sedangkan mereka sendiri, jika disakiti dan dilukai akan mengamuk tak tentu pasal.
Masa buat orang lain, tak ingat diri. Tapi bila dia yang terkena, tahu pulak nak meronta meronta-ronta.  
Apakah respon kita dengan orang yang suka menyakiti orang lain ini?
Cuba bayangkan sebentar.
Sekiranya hati anda dilukai dan sakiti, apakah tindakan anda?
Tenang diri dan bersabar saja? Atau turut sama beremosi memaki mengkeji untuk puaskan hati?
Dalam Islam, Allah mengajar kita untuk berhikmah dalam menghadapi apa juga perkara. 
Nak padamkan api, tak boleh dengan api juga. Orang baling batu, tak usah kita turut baling batu sama. Nanti dua-dua akan tercedera dek batu yang dibaling.
Sebaliknya, seorang ulama telah memberi nasihat berguna dalam menghadapi orang yang suka menyakiti.
Katanya :
“Setiap kali ada orang menyakitimu, senyum saja kepadanya. Dan ketika senyum itu, ingatlah keadaan dirimu dengan Allah. Kemudian, fikirkan cara apakah yang diredhai Allah untuk membalas perkara itu sebelum kamu bertindak membalasnya!”
Semoga saya dan anda semua dapat meniru akhlak Nabi sollallhu’alaihi wasallam dalam setiap tindak tanduk kita. Sesungguhnya akhlak Nabi adalah sebaik-baik petunjuk untuk diikuti.

Wednesday, January 15, 2014

Renungan Bersama

Bila kita berdakwah, menyatakan kebenaran islam, menegur orang berbuat maksiat, mengajak orang berbuat amal, akan ada satu golongan yang menentang dan tak mahu menerima, bahkan mereka akan mengata/mengutuk/mencerca macam-macam kepada kita. Oleh itu sabarlah, golongan yang menentang itu tiada bezanya dengan golongan-golongan sesat yang menentang perjuangan dakwah Rasulullah s.a.w dahulu.

Cukuplah hanya Allah sebagai penolong kita
 
Seringkali kita terfikir bagaimana mulianya hati nabi kita, tetap senyum bila di benci, tetap tenang bila di musuhi, tetap membantu walau disakiti, tetap menyeru walau diusir pergi. kenapa kita mudah benci bila dikasari, mudah putus asa bila yang di lalukan tak menjadi, mudah kecewa bila orang lain tak memahami, mudah terguris bila dilukai..

Ayuh!! kita tarbiah diri,agar yang terindah menghiasi peribadi..kerana qudwah kita Adalah nabi..itulah sifat hamba Allah yang hakiki..

Thursday, January 9, 2014

Wahai sesiapa yang suka menjaga tepi kain orang / mengumpat

Dalil dari al-Quran,dari surah al-Hujurat ayat 12.Maksud penuhnya ialah:

"Dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengah yang lain.Apakah seseorang kamu suka memakan daging saudaranya yang telah menjadi bangkai,tentulah kamu sekelian benci memakannya”

Dari Jabir dan Abi Said,Rasulullah SAW bersabda

"Awaslah daripada mengumpat,kerana mengumpat itu lebih keras daripada zina.Sesungguhnya seseorang terkadang ia berzina dan bertaubat.Maka diterima ALlah S.W.T akan taubatnya.Dan sesungguhnya seseorang yang mengumpat,tidak akan diampun dosanya sebelum diampuni oleh orang yang diumpatnya itu."

Diriwayatkan oleh Abu Daud, dari Anas,Rasulullah S.A.W bersabda:

"Pada malam aku diIsra'kan aku telah melalui suatu kaum yang mencakar-cakar muka mereka dengan kuku-kukunya sendiri,maka aku berkata:"Hai Jibril siapa mereka ini?Jawab Jibril: Mereka ini adalah orang-orang yang suka mengumpatorang banyak dan mereka yang suka menjaga tepi kain orang."

ALLAH Ta'ala menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s yang maksudnya:

"Barang siapa yang meninggal dengan taubat dari mengumpat orang,maka dia adalah orang yang penghabisan masuk syurga.Dan barang siapa yang meninggal dengan berkekalan mengumpat orang,maka dia adalah orang pertama masuk neraka."

AMALAN SEBELUM TIDUR

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra :

Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara,iaitu :

 1. Sebelum khatam Al Qur'an.
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir.
 3. Sebelum para muslim meredhai kamu.
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....

'Bertanya Aisyah : 'Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?' Rasul tersenyum dan bersabda : 'Jika engkau tidur bacalah :

 1. Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
 2. Membaca selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
3. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
 4. Perbanyaklah bertasbih, bertahmid,bertahlil ,bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah

. .Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati