Friday, August 16, 2013

Rahsia Wudhu Yang Kita Tidak Sedar

Disini Saya Ingin berkongsi satu artikel yang menarik bersama para pembaca..benda yang baik harus dikongsi supaya menjadi amalan kepada kita semua..InsyAllah..

Memang bunyi macam simple, Tapi jangan ambil mudah, Kerana Nabi sentiasa wudhu sebelum tidur. Berwudhu, disamping bernilai ibadah juga bermanfaat bagi kesihatan.

Peneliti dari Universitas Alexsandria ,dr musthafa syahatah ,yang sekaligus menjawat sebagai Dekan Fakultas THT, menyebutkan bahawa jumlah kuman pada orang yang berwudhu lebih sedikit berbanding orang yang tidak berwudhu.
Subhanallah...

Dengan ber-istisnaq (menghirup air dalam hidung) misalnya kita dapat mencegah timbulnya penyakit dalam hidung. Dengan mencuci kedua tangan ,kita dapat menjaga kebersihan tangan. Kita juga dapat menjaga kebersihan kulit wajah bila kita rajin berwudhu. Selain itu, kita juga dapat menjaga kebersihan daun telinga dan telapak kaki kita, ertinya dengan sering berwudhu kita dapat menjaga kesihatan tubuh kita.


Lalu ,bagaimana jika berwudhu dilakukan sebelum tidur ? Nah,para pakar kesihatan di dunia sentiasa menganjurkan agar kita mencuci kaki mulut dan muka sebelum tidur. Bahkan ,sejumlah pakar kecantikan memproduk alat kecantikan agar dapat menjaga kesihatan kulit muka.


Di samping itu tentunya anjuran untuk berwudhu juga mengandung nilai ibadah yang tinggi. Sebabnya Ketika seseorang dalam keadaan suci bererti dia dekat dengan Allah. Kerana Allah akan dekat dan cinta kepada orang-orang yang berada dalam keadaan suci.

Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa tidur dimalam hari dalam keadaan suci (berwudhu’) maka Malaikat akan tetap mengikuti, lalu ketika ia bangun niscaya Malaikat itu akan berucap ‘Ya Allah ampunilah hamba mu si fulan, kerana ia tidur di malam hari dalam keadaan selalu suci”. (HR Ibnu Hibban dari Ibnu Umar r.a.)


Hal ini juga ditulis dalam kitab tanqih al-Qand al-Hatsis karangan syekh muhamad bin umar an-nawawi al-mantany. Dari umar bin harits bahwa nabi bersabda :“barangsiapa tidur dalam keadaan berwudhu ,maka apabila mati disaat tidur maka matinya dalam keadaan syahid disisi Allah.
Maksudnya orang yang berwudhu sebelum tidur akan memperoleh posisi tinggi disisi Allah.

Dengan begitu dapat disimpulkan bahwa berwudhu sebelum tidur merupakan anjuran nabi yang harus dikerjakan bila seseorang ingin memperoleh kemuliaan disisi Allah.

Wednesday, August 14, 2013

MUHASABAH DIRI...RENUNGAN BERSAMA..

Suka saya bermuhasabah buat diri saya dan para pembaca sekalian. Mengenai proses ke arah pembinaan baitul muslim, suka saya mengetengahkan konsep "JADI' dan "CARI". Jika seseorang lelaki mahu mendapatkan yang solehah, kurangkan sedikit agenda menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Jika wanita inginkan yang soleh, janganlah terlalu berusaha menCARI yang soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya juga boleh berubah… Kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa, tidak sunyi daripada melakukan kesilapan. Maka, seseorang fard al-Muslim yang sedang menuju ke gerbang perkahwinan, ia merupakan sebahagian proses untuk menJADI, bukan menCARI. Dalam hal ini, proses menJADI adalah lebih diutamakan daripada proses menCARI. Sekadar pandangan sebagai suatu mimbar muhasabah buat saya dan kita semua… Buat akhirnya, saya memohon maaf atas salah dan silap sekiranya terdapat kata-kata di dalam entri blog kali ini mengguriskan hati beberapa pihak… Wassalam.

Monday, August 5, 2013

Cara Yang Terbaik Untuk Tenangkan Hati Yang Kecewa

Hati sedang kecewa dan terluka? Hati sedang sangat lemah? Tidak tenang?
Didalam dunia ini, tiada siapa yang mahu merasa kecewa dan terluka. Apatah lagi menjadi lemah akibat daripada permainan perasaan ini. Merasa lemah dan tidak tenang sehinggakan air mata ingin sekali untuk menitis setiap waktu. Cinta itu ada pasang surutnya. Setiap pertemuan pasti bertemu perpisahan.
Namun bukan semua masalah kekecewaan berlaku kerana percintaan & masalah jodoh. Ada juga yang kecewa mungkin kerana perkara lain. Boleh jadi akibat terluka dengan tindakan ibu bapa. Malah, mungkin juga berkecil hati dengan sikap anak – anak kita. Pendek kata banyak perkara yang membuatkan hati kita menjadi remuk rendam dan membuatkan kita merasa lemah.
Menenangkan hati
Kita ingin mengelak daripada kelihatan lemah. kita berpura – pura kuat. Kita tersenyum, tetapi dalam hati siapa yang tahu betapa peritnya hati kita. Sampai bila kita harus berpura – pura? Ingatlah, kita semua adalah manusia. Manusia yang dikurniakan hati dan perasaan. Ada perasaan lemah & duka.
Mungkin disaat anda sedang membaca artikel ini, anda sedang merasa lemah dan kecewa. Hati anda merasa tidak tenang. Mungkin sahaja anda terjumpa artikel ini dari link FB ataupun tergoggle entri ini secara tidak sengaja.
Bismillah, izinkan saya berkongsi beberapa cara untuk menguatkan dan menenangkan kembali hati yang sedang lemah. Insyaallah, saya juga hamba Allah yang pernah mengalami situasi ini, semoga beberapa petua yang dikongsikan ini dapat memberi membantu anda juga.
1. Membaca Surah Yassin
Mungkin selama ini kita kurang membaca Al – Quran atau jarang sangat membuka kitab suci ini. Mungkin ini salah satu sebab kita mudah untuk terganggu dan merasa tidak tenang. Oleh itu marilah kita kembali menghidupkan amalan ini. Semasa saya sedang mengalami “keserabutan” dulu, saya mengamalkan membaca surah Yassin setiap kali selesai solat. Alhamdulillah, setiap kali usai membaca Yassin, saya akan merasa tenang. Memang surah ini mempunyai aura yang mampu menenangkan hati. Setelah itu, boleh beransur menambah bacaan dengan membaca surah – surah yang lain. Sangatt menenangkan hati
Bagaimana jika sedang haid? Dengarlah bacaan surah ini melalui mp3, etc..
2. Solat Sunat Tahajjud
Bangunlah melakukan solat malam iaitu solat sunat Tahajjud. Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup. Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.

Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar. 
” Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala “

Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah Selepas itu surah Al-Kafirun & Rakaat kedua bacalah Al-Fatihah, selepas itu surah Al-Ikhlas. Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat.
Selepas itu berdoalah. Berdoalah apa sahaja. Adukan masalah kita direct kepada Allah. Mintalah ketenangan hati.
3. Banyakkan Istigfar Dan Berzikir
  • La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
  • Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)
 - Harus diingat, zikir bukan sahaja di mulut tetapi harus sampai masuk ke hati.
4. Elakkan Mendengar Lagu Bertema Kekecewaan
Ini penting kepada mereka yang baru sahaja mengalami putus cinta / tunang, sila hindari dari suasana yang boleh membuatkan anda sebak. Elakkan mendengar lagu yang bertemakan putus cinta & kekecewaan. KIta ingin menenangkan hati, bukan ingin menyesakkan hati kan? Jangan menabur garam diatas luka kerana ianya pedih. Biarlah dahulu luka itu sembuh.
5. Sentiasalah mengingati Allah
Ini yang paling penting sekali taw. Sentiasa mengingati Allah. Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah maha mengetahui dan sentiasa bersama kita walaupun apa pun. Apa yang membuat kita sedih, Allah lebih Maha Kuasa Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita. Yakinlah kesedihan dan rasa tidak tenang yang Allah beri itu adalah agar kita kembali mengingatiNYA. He loves you no matter what.

“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” ( QS Ar Ra’d : 28 )
Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” ( QS.At -Taubah : 40 )
Penutup :
Itu adalah beberapa tips yang ingin saya kongsikan bersama anda. Ini adalah pengalaman saya dalam menangani rasa tidak tenteram dan bangkit dari kesedihan. Apakah anda pernah berjaya mengatasi rasa sedih dan tak tenang?

Wallahu'alam...