Monday, January 28, 2013

Rahsia Surah Yassin ayat ke-58

Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut "SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM" diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.
Jika boleh niatkan sebegini:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku.

2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh dan mencintai islam.

3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat.

4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini.

5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin.

6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin.

7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.....

InsyaAllah. Sama-sama kita amalkan. semoga Allah memberkati..
AMIN.

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.
Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.
Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka didunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

Friday, January 25, 2013

HAKIKAT PERNIKAHAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

DAH SAMPAI SERU KE?

Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan, hakikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan? cuba kita lihat...dan manakah pilihan kita???

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, maka pasangan rajin bertengkar,jika servis di kamar tidur tidak memuaskan. Atau rajin hadir di SEX party.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bangkrup.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana BEAUTY/BODY, pasangan bakal lari jika rambut beruban dan muka keripot atau badan jadi gendut.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana ANAK, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika buah hati (anak) tidak hadir.

 Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagipula manusia yang dicintai pasti MATI / PERGI.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.

4 CARA TIDUR

Di sini saya nak berkongsi 4 cara tidur.. iaitu

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

* Kalau rajin .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Tuesday, January 15, 2013

KEMULIAAN NABI MUHAMMAD S.A.W

Saya nak berkongsi satu kisah dimana pada zaman Rasululllah, pada suatu hari tu Nabi Muhammad sedang berbekam untuk buang darah kotor. dan setelah selesai berbekam, Nabi menyuruh sahabat Abdullah bin Zubair untuk membuang darah tersebut..

Abdullah bin Zubair pun pergi ke merata-rata tempat untuk membuang darah tersebut. hendak membuang ke tempat sampah, tak sampai hati nak buang. masuk hutan nak buang, tak jadi jugak bimbang takut2 binanang buas akan minum darah tersebut.

Akhirnya, dia bertindak untuk meminum darah tersebut kerana sayang pada Nabi dan terasa mulia sangat darah Nabi S.A.W tersebut..

Kemudian,Abdullah bin Zubair  pun kembali semula kepada Nabi.
Nabi pun bertanya " Abdullah bin Zubair  sudahkah engkau laksanakan tugas tadi?"

Abdullah bin Zubair terketar2 takut untuk menjawab kerana apa yang disuruh, lain yang dibuatnya... Dan kemudian dia pun terus terang yang dia meminum darah tersebut kerana tak sanggup untuk membuang darah Nabi S.A.W...

Semua sahabat terkejut dengan jawapan tersebut.. kemudian Nabi S.A.W bersabda ,"Barangsiapa yang darahnya bercampur dengan darahku, maka haram api neraka membakarnya"

MasyaAllah.. begitu mulianya Nabi kita Muhammad S.A.W.

Kisah ni aku dengar tazkirah maghrib malam tadi, so aku share untuk kita renung bersama betapa mulianya Rasulullah S.A.W..
Marilah kita mencintai Nabi kita. InsyaAllah Syafaat Beliau amat berharga untuk kita..

Monday, January 14, 2013

Tazkirah 14 Januari 2013

Salam apa khabar semua..
diharap semua sihat dan dirahmati Allah S.W.T.
macam mana pagi ni??
Solat subuh tak?
kalau belum qadaq la yea semua...

Pagi ni saya nak kongsi satu tajuk iaitu kelebihan ziarah orang sakit.
Sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud:
Apabila seorang lelaki mengunjung saudara muslimnya, maka seolah-olah dia berjalan di jalan syurga sehingga dia duduk. Apabila dia sudah duduk maka rahmat Allah mengelilinginya. Jika dia berkunjung pada waktu pagi, maka tujuh puluh ribu malaikat akan mendoakannya hingga petang dan begitulah sebaliknya...

So, kalau ada kawan2 kita saudara2 kita sakit, sama2 lah kita g ziarah. disamping  itu juga dapat mengeratkan silaturrahim. InsyaAllah, kita g ziarah orang nanti orang ziarah kita pulak..

Wassalam..

Friday, January 11, 2013

“KAYA DUNIA MISKIN AKHIRAT”

Sebagai seorang Islam kita seharusnya bijak melayarkan bahtera kehidupan ke arah yang benar mengikut petunjuk yang telah digariskan oleh al-Quran dan al-Hadith. Dalam menuju ke destinasi akhirat maka hendaklah kita mencari dan mengumpul seberapa banyak bekalan  pahala kebajikan dan kebaikan semasa hidup di dunia. Ingatlah sebagaimana pesan Nabi kita dalam hadithnya yang bermaksud: Dunia ini sebagai tempat bercucuk tanam. Hasilnya kita akan kecapi di Akhirat nanti.” Dan Beramallah untuk dunia seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. Beramallah untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati keesokannya.

Segala amalan kita di dunia ini akan dibentangkan di akhirat, tidak terkecuali walaupun ianya sekecil zarah. Pada ketika itu kita akan melihat segala amalan semasa hidup ini dalam suratan amal, ada yang berpahala, ada juga yang berdosa. Mereka yang berdosa itu akan merasa takut dengan keadaan sedemikian. Firman Allah SWT dalam surah al-Kahfi ayat 49:
Maksudnya: Dan Kitab-kitab Amal dibentangkan, maka engkau akan melihat orang yang berdosa itu merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka berkata: Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau besar, melainkan semua dihitungnya! Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu ada tertulis di dalamnya. dan ingatlah Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorang pun.

Namun persoalannya pada hari ini ada daripada kalangan kita yang kaya di dunia tetapi miskin di akhirat dengan kata lain mereka ini banyak melakukan amalan kebaikan dan kebajikan semasa di dunia tetapi ketika di akhirat mereka ini dikira sebagai golongan miskin ataupun muflis.. Kenapa jadi sebegini?. Jawapannya ialah kerana semasa hidup di dunia, mereka melakukan kebaikan dan kebajikan serta dalam masa yang sama mereka juga melakukan kejahatan dan dosa sesama manusia. Segala ganjaran pahala kebaikan di ambil oleh Allah SWT bagi membayar segala hutang kejahatan semasa hidup di dunia ini sebagaimana sabda Rasulullah SAW :
Maksudnya: Siapa yang muflis? Manusia yang muflis itu bukanlah mereka yang tidak berharta dan tempat tinggal."Sesungguhnya orang yang muflis itu ialah mereka yang tidak menunaikan hak-hak orang lain seperti mencaci dan merampas harta tanpa hak, memukul tanpa sebab dan sebagainya. (Riwayat Muslim)
 Dan sabda Rasulullah SAW lagi  yang  bermaksud Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Para sahabat menjawab: Bagi kami orang yang muflis ialah orang yang tidak memiliki wang mahupun hartabenda”. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: Sebenarnya orang yang muflis dalam kalangan umatku ialah mereka yang pada hari Kiamat datang dengan membawa pahala amal solat, puasa, zakat dan haji tetapi semasa di dunia mereka pernah mencaci maki orang, menuduh tanpa bukti, memakan harta dengan zalim, membunuh dan memukul sesuka hati. Lalu pada hari kiamat, orang yang di zalimi akan menerima pahala amal si penzalim. Jika pahala amalnya telah habis (diberikan) sedangkan kesalahan dan dosanya semasa di dunia kepada orang yang tidak berdosa masih banyak, maka Alllah SWT akan memberi pula dosa orang yang dizalimi itu kepadanya sehingga semakin berat bebannya, lalu Allah SWT campakkan dia ke dalam neraka. ”

Berdasarkan hadith ini, dapat kita fahami bahawa golongan yang menjadi muflis di akhirat adalah berasal daripada mereka yang memiliki pahala yang banyak. Bagaimanapun, semua pahala ibadah mereka itu habis kerana digunakan sebagai bayaran ganti rugi kepada insan yang pernah disakiti, dikianati, dihina, dibunuh atau dizalimi. Bahkan mereka juga akan dibebankan dengan dosa orang yang dizalimi. Alangkah ruginya golongan muflis ini. Ganjaran pahala yang dikumpulkan dengan mengerjakan bermacam kebaikan dan ibadah, akhirnya menjadi barang tukaran kerana denda yang perlu dibayar dengan sebab kesalahan terhadap orang lain. Kuat beribadah dan memiliki pahala yang banyak tidak menjamin terpeliharanya seseorang itu daripada azab Allah SWT jika pada masa yang sama masih lagi melakukan penganiayaan, penindasan dan kezaliman kepada insan lain.

Dalam banyak-banyak anggota, lidahlah yang paling banyak kesalahan yang melibatkan sesama manusia. Dosa lidah boleh menyebabkan seseorang itu menjadi muflis di akhirat. Kenapa lidah kita amat mudah untuk bercakap mengenai orang lain? Itulah persoalan yang perlu ditanya diri kita pada hari ini. Imam al-Ghazali pernah berkata: menerusi lidah akan berlakulah pendustaan atau pembohongan, buruk sangka, permusuhan, fitnah, mencarut, mencela, mengutuk, bertelingkah, mengumpat, melaknat dan membicarakan sesuatu dalam keadaan kesat, kasar dan penuh dengan kesombongan.
Untuk hidup dalam suasana yang tenteram, aman dan damai, hendaklah diawasi lidah kerana melalui lidah tutur kata akan menjadi lebih benar, beradab dan bahasanya lebih sopan. Sikap tidak menjaga lidah bukan sahaja menimbulkan kemarahan orang yang mendengarnya, malah menimbulkan implikasi buruk kepada hubungan sesama manusia yang mengakibatkan seseorang itu menjadi muflis di akhirat.
Sebagaimana hidup di dunia, kehidupan di akhirat juga kita memerlukan kekayaan. Kita memerlukan kekayaan yang digunakan untuk mendapat alam kubur yang luas dan terang, berada di Padang Mahsyar dengan selesa, meniti Titian Siratul Mustaqim sepantas kilat, melintasi pintu Syurga, membina mahligai besar di dalam syurga, makan dan minum yang enak-enak, bergerak tanpa batas, mempunyai bidadari yang cantik dan hidup bersenang lenang di Syurga abadi. Hanya satu sahaja kekayaan yang bernilai iaitu ganjaran pahala. Tanpa pahala kita akan menjadi manusia yang miskin di akhirat kelak dan tidak mampu membeli kesenangan, kita akan susah di alam kubur, di Padang Mashyar dan seterusnya akan dilemparkan ke dalam neraka bersama kaum kafir dan Iblis.

ASSALAMUALAIKUM

Salam semua pembaca...
Lama x update blog...
Apa2 pun SELAMAT TAHUN BARU 2013...
SEMOGA APA YANG KITA HAJATKAN TERMAKBUL..
Tapi hajat tahun lepas dah termakbul ke?
Kalau belum, InsyaAllah tahun ini kita cuba lagi..

Dan jangan lupa.. Perubahan diri kita...
MENGAPA ALLAH MASIH BERI LAGI PELUANG UNTUK KITA HIDUP??
Sebab ALLAH nak kita buat lebih baik lagi dari sebelum2 ni...
Mungkin ni tahun terakhir kita...
kalau sebelum ni kita solat sendirian..maka kita ubah solat berjemaah..
kalau sebelum ni kita solat lambat.. maka kita ubah solat diawal waktu..
kalau sebelum ni kita banyak cakap benda yang x berfaedah.. maka
kita ubah dengan banyakkan berzikir..
Dan akhirnya, saya menyeru pada tuan/puan dan diri saya sendiri agar dekatkanlah diri kepada ALLAH... InsyaAllah dengan dekatnya diri kita kepadaNya,, semua yang kita lakukan akan mudah..amin...
Wassalam..