Wednesday, November 7, 2012

JOM SAMA-SAMA KITA BERZIKIR

Astaghfirullah Rabbal Barroya
(Ampunilah Hamba Ya Allah Maha Penerima Taubat)

Astaghfirullah Minal khotoya.
(Ampunilah Hamba Ya Allah Daripada Segala Dosa)
...4X

Rabbi zidni 'ilman naa fi'a
(Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna)

Wa wa fiqni 'amalam maqbula
(Dan berikanlah aku amalan yang dimakbulkan)

Wa Wa habli rizqan waasi'a
(Dan kurniakan kepadaku rezeki yang meluas)

Wa tub 'alaia taubatan nasuha 2X
(Dan perkenankan taubatku dengan taubat nasuha)

Astaghfirullah Rabbal Barroya
(Ampunilah Hamba Ya Allah Maha Penerima Taubat)

Astaghfirullah Minal khotoya.
(Ampunilah Hamba Ya Allah Daripada Segala Dosa)

...2X


Rabbi zidni 'ilman naa fi'a
(Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna)

Wa wa fiqni 'amalam maqbula (Dan berikanlah aku amalan yang dimakbulkan)
Wa Wa habli rizqan waasi'a
(Dan kurniakan kepadaku rezeki yang meluas)

Wa tub 'alaia taubatan nasuha 2X
(Dan perkenankan taubatku dengan taubat nasuha)


Astaghfirullah Rabbal Barroya (Ampunilah Hamba Ya Allah Maha Penerima Taubat)
Astaghfirullah Minal khotoya. (Ampunilah Hamba Ya Allah Daripada Segala Dosa)
...2X


P/S : Selamat beramal yea semua.... Moga mendapat keampunan dari Allah S.W.T.

Monday, November 5, 2012

KERANA SEBUTIR KURMA

SAMA-SAMA BUAT PENGAJARAN…

Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat ziarah ke mesjidil Aqsa.Untuk bekal di perjalanan, dia membeli 1 kg kurma dari pedagang tua berdekatan masjidil Haram.Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim melihat sebutir kurma terletak dekat timbangan.Menyangka kurma itu sebahagian dari yang dia beli, Ibrahim
memungut dan memakannya.Setelah itu dia langsung berangkat menuju Al Aqsa. 



4 bulan kemudian, Ibrahim tiba di Al Aqsa.Seperti biasa, dia suka memilih tempat beribadah pada ruangan dibawah kubah Sakhra.Dia solat dan berdoa dengan khusyuk sekali. Tiba tiba dia mendengar percakapan dua Malaikat tentang dirinya.
"Itu, Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang zuhud dan wara yang doanya selalu dikabulkan ALLAH SWT," kata malaikat yang satu.
"Tetapi sekarang tidak lagi. doanya ditolak kerana 4 bulan yg lalu dia memakan sebutir kurma yang jatuh dari meja seorang pedagang tua berdekatan masjidil haram," jawab malaikat yang satu lagi.
Ibrahim bin adham terkejut sekali, dia terhenyak, jadi selama 4 bulan ini ibadahnya, solatnya, doanya dan mungkin amalan-amalan lain tidak diterima oleh ALLAH SWT gara-gara memakan sebutir kurma yang bukan haknya.
"Astaghfirullahal adzhim" Ibrahim beristighfar.
Dia langsung berkemas untuk berangkat ke Mekah menemui pedagang tua penjual kurma untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah dimakannya.Sampai di Mekah dia terus menuju ke tempat penjual kurma itu, tetapi dia tidak bertemu dengan pedagang tua itu melainkan seorang anak muda. 


"4 bulan yang lalu saya membeli kurma disini dari seorang pedagang tua.Kemana dia sekarang ?" tanya Ibrahim.

"Sudah meninggal sebulan yang lalu, saya sekarang meneruskan pekerjaannya berdagang kurma" jawab anak muda itu.

"Innalillahi wa innailaihi roji'un, kalau begitu kepada siapa saya meminta penghalalan ?".

Lantas ibrahim menceritakan peristiwa yg dialaminya, anak muda itu mendengarkan penuh minat.
"Nah, begitulah" kata ibrahim setelah bercerita,

"Engkau sebagai ahli waris orangtua itu, maukah engkau menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang terlanjur aku makan tanpa izinnya?".

"Bagi saya tiada masalah. Insya ALLAH saya halalkan. Tapi saya tidak dengan saudara-saudara saya yang lain yang jumlahnya 11 orang.Saya tidak berani memberi keputusan bagi pihak mereka kerana mereka mempunyai hak waris sama dengan saya.
"


"Dimana alamat saudara-saudaramu ?Biar saya temui mereka satu persatu."

Setelah menerima alamat, ibrahim bin adham pergi menemui meraka.
Biar berjauhan, akhirnya selesai juga.Semua setuju menghalalkan sebutir kurma milik ayah mereka yang termakan oleh ibrahim.

4 bulan kemudian, Ibrahim bin adham sudah berada dibawah kubah Sakhra.Tiba tiba dia mendengar dua malaikat yang dulu bercakap cakap.

"Itulah ibrahim bin adham yang doanya tertolak gara gara makan sebutir kurma milik orang lain."

"O, tidak.., sekarang doanya sudah dimakbulkan lagi, dia telah mendapat penghalalan dari ahli waris pemilik kurma itu.Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali dari kotoran sebutir kurma yang haram kerana masih milik orang lain.Sekarang ia sudah bebas."

Buat sahabat-sahabat yang saya sayangi hayatilah cerita ini.Kita terkadang lupa dari mana sumber hasil yang kita perolehi.Oleh sebab itu juga berhati-hatilah dgn makanan yg masuk ke tubuh kita, sudah halal-kah? lebih baik tinggalkan bila ragu-ragu apatah lagi yang memang sudah termaktub HARAM.
 
Pada hadits yang lain :"Siapa yang merampas hak orang Islam dengan sumpahnya, maka Allah mewajibkan dia masuk neraka dan mengharamkannya masuk surga.. Seorang lelaki bertanya, walaupun sedikit ya Rasulullah? Nabi menjawab, walaupun sebatang kayu sugi.(Riwayat Muslim). 

Friday, November 2, 2012

PEREMPUAN PENGHUNI NERAKA

Rasulullah S.A.W bersabda:
Aku melihat ke dalam neraka, maka aku lihat kebanyakan penghuninya kaum wanita, yang demikian itu disebabkan oleh kerana jarang taat kepada Allah dan RasulNya serta suami mereka dan kerana banyak bersolek untuk mempamerkan kecantikan.

Lalu Rasulullah bersabda: "Aku menangis sewaktu aku diisrakkan ke atas langit, aku melihat para wanita umatku tengah disiksa di dalam neraka. Aku melihat 10 macam siksaan bagi kaum wanita, iaitu:

1.Orang perempuan yang digantung dengan rambutnya, adalah kerana dia tidak mahu tutup (melindungkan) rambutnya daripada dilihat oleh lelaki lain.

2. Orang perempuan yang digantung dengan lidahnya, adalah kerana dia suka menyakiti hati suaminya dengan kata-katanya. Rasulullah s.a.w.bersabda:"Seseorang wanita yang menyakiti hati suaminya dengan kata-katanya, maka Allah s.w.t akanmelebarkan lidahnya di hari kiamat nanti selebar 70 zira dan akan mengikat di belakang lehernya."Dari Usman r.a berkata Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: " Seseorang perempuan yang mengatakankepada suaminya dengan berkata: 'Aku belum pernah melihat kebaikanmu', maka sesungguhnya Allah s.w.t akan menghapuskan amal kebaikannya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa dan siang hari dan mengerjakan solat pada malam hari."

3.Orang perempuan yang digantung dengan buahdadanya, adalah kerana dia menyusui anak orang lain dengan tidak mendapat izin suaminya.

4.Orang perempuan yang diikat kakinya, adalah kerana dia keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dahulu dan tidak mandi hadas, bagi membersihkan diri seteleh habis haid atau nifas.

5. Orang perempuan yang makan badannya sendiri adalah kerana berhias untuk dilihat oleh lelaki laindan mereka yang suka membicarakan keaiban orang lain.

6. Orang perempuan yang memotong-motong buah dadanya sendiri dengan gunting-gunting dari neraka adalah kerana dia memasyhurkan dirinya di kalangan orang ramai, dan bermaksud supaya orang melihat akan tertarik kepadanya sebab perhiasan yang dia pakai.

7.Orang perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya sehingga sampai kepada ubun-ubunnya, dan dibelit dengan beberapa ekor ular dan kalajengking adalah kerana dia itu boleh solat, puasa tetapi dia tidak mahu mengambil wuduk dan dia tidak mahu mengerjakan solat serta tidak mahu mandi junub.

8.Orang perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai adalah kerana dia suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

9. Orang perempuan yang berbentuk seperti anjing, adalah kerana dia itu ahli fitnah dan suka marahkepada suaminya.

10. Dan perempuan yang menyerupai anjing, api masuk ke dalam mulut serta keluar dari duburnya itu adalah perempuan yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya, iri hati, dengki dan tidak taat kepada suaminya. Inilah azab dan kesengsaraan yang dialami oleh wanita yang telah dilihat oleh Rasulullah s.a.wketika dibawa ke langit semasa peristiwa Israk dan Mikraj.