Friday, February 24, 2012

SOLAT DHUHA

Salam...
hari ni rasa macam nak berkongsi tentang solat dhuha je...

Ruang waktu dan waktu afdal 

Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya
 bermula kira-kira 28 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab
fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh
atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula
berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur.

Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan
sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w.
menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan
kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa
berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang
(Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).




Cara melaksanakannya 


Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat
Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan
Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh
Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada
rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)
surah yang selalu Baginda amalkan adalah surah As-Syams, Al-Laili dan Ad-dhuha.


Kepada orang yang tidak menghafal surah-surah yang disarankan membaca apa-apa surah
 yang penting niat kita adalah IKHLAS untuk Allah SWT, bukan kerana berkehendakkan
harta dan rezeki yang banyak tetapi salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah…

Pada rakaat pertama bacalah ayatul kursi kerana ayutul kursi terlalu banyak keistimewaannya,
 semasa suruh itu diturunkan beribu-ribu malaikat sebagai perantaranya. Didalamnya juga
terkandung KURSI (kerajaan) ALLAH yang sangat besar meliputi 7 lapisan langit dan bumi.
 Ada 95 buah hadish yang menerangkan akan fadhilat ayutul kursi.

Kita rujuk kepada Hadith Qudsi yang mengatakan, Firman Allah, “ Wahai anak-anak adam
(sebut-sebutkan) zikirkan akan AKU selepas sembahyang subuh barang sekejap dan
selepas sembahyang asar barang sekejap, maka AKU cukupkan engkau apa yang
ada diantara dua waktu tersebut maka apabila naik matahari sembahyang dhuha
sebanyak lapan rakaat”

Doa yang disarankan




“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah
kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,
kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “.
” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada
di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah.
,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan,
 kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah
engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”

Sekian..... wassalam

Friday, February 17, 2012

BAHAYA PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE ?

Betul ke berita yg aku dengar nie?? Banyak dah aku makan....

Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun .
Sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak .


Rawatan alternatif
  • beli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2.
  • ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Panadol adalah sejenis “pain killer”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan.. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit.

TAKUT KAN DENGAR... elakkan lah kalo boleh, kalo dah sakit sgt, terpaksa lah telan juga :))

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang  ini ke dalam mulut anda.

K, tu je untuk hari nie :))

Ditulis oleh : En Fariz

Wednesday, February 15, 2012

Mutiara Hati

Bentuk-bentuk an-Nasihah yang paling besar

Diantara bentuk-bentuk an-Nasihah yang paling besar dikalangan umat Islam
ialah memberi nasihat kepada sesiapa yang meminta nasihat.
Sabda Rasulullah SAW : " Apabila seseorang daripada kamu meminta nasihat,
maka nasihatilah dia. "

Tuesday, February 7, 2012

~ PenawaR DeMam Denggi~

Salam semua.....

Hari nie sy nak kongsi penawar demam denggi.... Demam denggi nie menurut doktor tak ada ubat nye.... 
Baru2 nie kawan sy punye anak kena demam denggi nie... Orang lain berminggu-minggu dok hospital.....

Kawan sy punye anak ni, alhamdulillah 3 hari dah sembuh, petua yg dia guna ialah :

1) Ketam Nipah
Ketam nipah ni di buat sup, makan isi dia .... makan sup dia... InsyaAllah elok.....

2) Pucuk Daun Betik
Ambil beberapa Pucuk Daun Betik  rebus atau siat-siat ... minum air dia..... Alhamdulillah baik...

Kalo ada adik bradik, kuarga , sodara mara, try lah.... Kalo leh, wat dua2 cara tu... InsyaAllah mujarab