Tuesday, December 20, 2011

DIAM ITU LEBIH BAIK DARIPADA BERKATA-KATA



Diam orang mukmin itu ibadah,
Ibadah tanpa perbuatan,
Ibadah rasa,
Ibadah ini tidak meletihkan,
Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat,
Yang hatinya didalam kelalaian,
Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?
Kadang-kadang memikirkan dosanya,
Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat,
Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,
Kadang-kadang dia terasa kebesaran Tuhan,
Atau dia meniatkan, dia diam itu,
Tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,
Kadang-kadang dia diam itu,
kalau dia bercakap,
Takut dia melakukan kesalahan,
Seperti dia mengumpat atau,
Kalau dia bercakap, takut-takut menyakiti hati orang,
Atau dia diam itu, menghormati percakapan orang,
Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran,
Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu,
Baik atau jahat,
Dia biarkan saja orang itu bercakap,
Dan mendengar sahaja,
Kerana nak mengenal orang itu,
Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu,
Ataupun kecuaian dan kelalaian,
Yang telah dibuat, supaya dia bertaubat,
Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan,
Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula ingatan,


Banyak Kelebihannya berdiam diri. Orang yang pendiam itu lebih baik daripada orang yang suka berbicara yang tidak keruan. Baik perangai dan pendiam , kedua-duanya adalah sifat yang baik dan tidak susah mengerjakannya, asalkan hati menyuruh empunya diri berbuat demikian.

Nabi SAW bersabda : “Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh,ialah diam dan baik perangai.”
Ingatlah kepada sabda Nabi SAW : “Seorang Mukmin bukanlah pengumpat ,yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor”
(Riwayat Bukhari)

“Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya”.
(Riwayat Abu Naim)


Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina,
yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.

Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak bicara tidak semestinya cerdik,
kerana kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari
orang bodoh yang banyak bicara.
Menasihati orang yang bersalah , tidak salah.
Yang salah memikirkan kesalahan orang
.


HIKMAH DIAM1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirahat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.


Kadang-kadang, berdiam itu lebih baik. Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki. Jadi, eloklah hanya berdiam sahaja. Tapi tak elok juga kalau simpan lama-lama dalam hati. Sebab dari hati, boleh bercambah benih kebencian. Dan dari kebencian, bercambahlah kejahatan. Dan dari kejahatanlah, manusia berperang. Ohh sedap juga aku karang. 

Betulkan. Kejahatan boleh buat manusia berperang sesama sendiri. Manusia punya emosi. Bila emosi itu dicetuskan dengan benda yang tidak menyenangkan, impaknya sangat membahayakan. Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi. Tapi menulis sahaja memang senang, tapi nak memberitahu itu sangatlah sukar untuk meluahkan. Lebih mudah menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah daripada melaksanakan sepotong pesanan.

Dikarang Oleh : En. Fariz

Thursday, December 1, 2011

ZIKIR MUJARAB UNTUK DIAMALKAN

saya nak kongsikan dengan anda 1 zikir mujarab yang sangat bagus untuk diamalkan. Zikir ini dinamakan dengan Bismillah Enam. Ada banyak kelebihan dan fadhilat zikir Bismillah Enam ni.



Jadi, saya nak ajak anda semua untuk kita sama-sama hafal dan amalkan sebagai zikir harian kita.
Berikut ni adalah beberapa kelebihan atau fadhilat Bismillah Enam ;


  1. Makbul segala hajat dan cita-cita.
  2. Luas rezkinya.
  3. Jika ditiup kpd perempuan nescaya kasih ia kepada kita.
  4. Menang dalam peperangan.
  5. Penerang hati.
  6. Diajuhkan dari segala penyakit.
  7. Dibaca 70 kali tiap-tiap hari –> nescaya akan menjadi aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
  8. Dibaca ditempat yang suci –> nescaya dapat melihat makhluk halus (jin, syaitan dan sebagainya)
  9. Terselamat daripada binatang2 buas.
  10. Air laut boleh menjadi tawar.
  11. Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan.
  12. Dibaca pada sawah –> nescaya sawah bendang terselamat daripada ancaman babi, tikus atau burung.
  13. Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
  14. Terselamat dari karam dilaut.
  15. Jika dibaca pada minyak pada malam jumaat 3 kali –> nescaya boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
  16. Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari –> nescaya mendengar.
  17. Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga 3 kali —> insyaallah lari iblisnya.
  18. Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.
  19. Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, hempedu katak dan sebagainya.
  20. Akan dibebaskan daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
  21. Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.
Apa pun juga kelebihan dan keistimewaannya, semua itu adalah dengan kuasa Allah semata-mata.


Dikarang Oleh : En. Fariz