Friday, November 25, 2011

Apakah maksud hidup kita?

LALUAN MANA HALUAN HIDUP KITA????
Masa terus berlalu pergi
Menghampiri ke hari mati
Tapi manusia leka dengan mainan duniawi
Terus enak dibuai mimpi
Mengejar dunia yang tidak pasti,
Sampai terlupa akhirat yang kekal abadi,
Allah dan Rasul terus kita sakiti
Maksiat bersepah sampai ke hujung negeri
Nikmat Allah langsung kita tak hargai
Muka tak malu mengaku Ummat nabi,
Dosa bertimbun tak tertampung dek lori
Tapi muka celaka boleh senyum lagi!
Boleh bergelak ketawa lagi!?
Biarpun dosa sebesar matahari
Biarpun dosa seluas langit dan bumi
Berkata dia dengan bangga sekali..dengan angkuh sekali
Nak buat macam mana tak sampai seru lagi
Katanya aku punya pasal mu jangan peduli
MasyaAllah tahukah anda bagamana rupa api??
Neraka itu apinya hitam sekali
Tahankah jasad dibakar direbus berkali-kali?
Sakitnya pula tidak terperi
Siksaannya pula infiniti
Hangus daging, tumbuh lagi
Dibakar lagi smpai ke hati
Setiap detik kita rasai
Tidak pengsan tidak mati
Kerana mati cuma sekali
Di neraka rasakan kau siksaan yang ngeri
Ayuh kita para Daei
Para pemuda dan pemudi
Rakan teman yang ku sayangi
Bapak-bapak, ibu-ibu yang kukasihi
Tambah korban lagi dan lagi
Berkorban ikut cara nabi
Tiru-tiru cara yang para sahabi
Sebelum kita mati
Dah mati tak boleh buat ibadat lagi
Tak boleh solat lagi
Tak boleh zikir lagi
Tak boleh baca quran lagi
Semuanya tak boleh buat apa-apa lagi
Ayuh bangkit tuan puan yang dihormati
Usah kita toleh ke belakang lagi
Kita kejar Allah yang hakiki
Moga mati kita mati berkualiti
Menuju syurga abadi
Dapat berjumpa kekasih sejati
Mendapat kebahagiaan hakiki



7 sebab mengapa seorang isteri itu patut dihargai




Berikut ini saya senaraikan 7 sebab mengapa seorang isteri itu patut dihargai.


hargai lah isteri
1) Kerana isteri menjadi dinding bagi seorang suami dari api neraka (suami terhindar dari perkara haram seperti zina dan sebagainya).

2) Kerana isteri sanggup berkorban menyabung nyawa semata-mata untuk melahirkan zuriat buat suaminya.

3) Kerana isteri menjadi penjaga rumah dan segala harta suami, semasa ketiadaan suami dan semasa suami keluar mencari nafkah.

4) Kerana isteri sanggup bersusah payah, berletih bersusah menguruskan segala hal dan urusan dalam rumah.

5) Kerana isteri menjadi murabbi atau pendidik kepada anak-anak.

6) Kerana isteri sanggup abaikan nafsu malasnya dalam menyediakan makan minum untuk suaminya.

7) Kerana isteri penghibur dikala sunyi, penerang dikala kelam dan penenang dikala tegang. Kerana isteri adalah pelengkap hidup suami.


Sebenarnya ada banyak lagi sebab-sebab lain. Tapi cukuplah saya senaraikan 7 sebab tu.

tugas isteri
Persoalannya sekarang ialah (soalan untuk para suami) ;
Adakah anda benar-benar menghargai isteri anda selama ini? Apakah yang anda lakukan bagi membuktikan bahawa anda sememangnya menghargai isteri anda?
Kepada para isteri, jangan ingat suami saja kena hargai anda. Cuba tanya diri anda ;
Apakah selama ini anda sudah benar-benar memainkan peranan anda sebagai seorang isteri yang baik? Cuba muhasabah diri, layakkah anda dihargai suami sedangkan anda sering culas dan cuai dalam melayani suami anda sendiri???
Sekian, sama-sama lah kita bermuhasabah diri. Betulkan apa yang tidak betul. Saya tulis ni bukan nak tunjuk saya ni baik, tapi untuk mengingatkan dan muhasabah diri saya sendiri juga.








Wednesday, November 16, 2011

Siapakah dia lelaki soleh?



Untuk mengenali lelaki soleh, boleh lihat kepada 16 ciri-ciri berikut :

  1. Seorang yang taat kepada Allah dan Rasul-NYa
  2. Jihad fisabilillah di jadikan matlamat hidupnya
  3. Mati syahid adalah cita-cita hidupnya yang tertinggi
  4. Bersabar ketika menghadapi ujian dan cabaran daripada Allah s.w.t
  5. Ikhlas dalam beramal
  6. Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya
  7. Sangat takut kepada ujian Allah dan ancamanya
  8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya
  9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkanya
  10. Solat malam menjadi kebiasaanya
  11. Tawakkal penuh kepada Allah Taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah semata-mata
  12. Selalu berinfak sama ada ketika dalam keadaan lapang mahupun sempit
  13. Menerapkan nilai kasih sayang sesame mukmin dan ukhwah antara mereka
  14. Sangat kuat amar makruf dan nahi mungkarnya, iaitu mengajak ke arah kebaikan dan mencegah perbuatan mungkar.
  15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan rahsia
  16. Seorang pemaaf dan berlapang dada dalam menghadapi kejahilan manusia, sentiasa saling mengingatkan antara sesama saudara dan tawaduk kepada Allah

TIPS MENGUBAT HATI & JENIS SEDEKAH


5 PERKARA YANG DAPAT MENGUBAT HATI KITA IAITU :
  1.  Bergaul dengan orang yang soleh.
  2. Suka membaca & menghayati Al-Quran.
  3. Membersihkan perut (menjauhkan diri) daripada makan makanan yang haram.
  4. Suka solat sunat dimalam hari (Qiamullai).
  5. Zikir dan berdoa kepada Allah S.W.T ketika subuh.

8 Perkara Yang Dikira Sedekah ialah:
  1. Bertasbih itu merupakan sedekah
  2. Setiap takbir juga merupakan sedekah
  3. Tahmid dan tahlil juga adalah bentuk sedekah
  4. Setiap perkara atau perintah untuk membuat makruf itu sedekah
  5. Melarang orang membuat mungkar itu juga sedekah
  6. Bersama atau bergaul dengan isteri, itu juga dikira sedekah
  7. Senyum pun sedekah
  8. Bagi duit pada orang susah @ orang yang memerlukan itu sedekah

Monday, November 14, 2011

Cara Untuk Top Up Masa Anda..

Orang kata MASA ITU EMAS. Sebab apa? Sebab masa itu sangat berharga.
Setiap orang dikurniakan masa 24 jam dalam satu hari. 7 hari seminggu.
30 hari sebulan. 365 hari setahun.





Kalau buat kira-kira lebih detail, bermakna dalam setahun kita mempunyai 8,760 jam. Betul ker saya kira ni? Hehehe
 8,760 jam!
Wah banyak betul masa untuk kita kan?



Eh banyak ke? Kalau banyak, kenapa ramai yang merungut tak cukup masa.
Bila lewat hantar “assignment” alasannya, sebab tak cukup masa. Bila lewat siapkan“filing” , alasannya sebab tak cukup masa. Bila lambat siapkan tugas, alasannya sebab tak cukup masa.
“Rasa tak cukup jer masa 24 jam sehari.”
Betul ke tak cukup? Jika tak cukup, kenapa tak “top up” masa anda.
Cara Nak Top Up Masa Anda
Ingat kembali, dalam sehari berapa banyak masa kita digunakan untuk menunggu orang?
Tunggu kawan, tunggu bos, tunggu anak keluar sekolah, tunggu bas, tunggu makanan sampai, tunggu lift, tunggu “family” bersiap. Banyak betul masa kita menunggu dalam sehari.
Apabila kita menunggu, berlakulah pembaziran masa. Jika setiap kali menunggu adalah 5 minit, sudah berapa banyak masa tu?
Sebenarnya, masa yang dibazirkan inilah sepatutnya menjadi masa “top up” anda. Anda boleh melakukan tugas-tugas anda sewaktu menunggu ini.
Boleh ke siap semua tugas anda dengan waktu yang pendek ini?
Jawapannya, BOLEH!!
Jika dilihat kembali pada senarai tugasan anda, sebenarnya banyak tugasan anda boleh dibahagikan pada bahagian-bahagian kecil. Dan, bahagian-bahagian kecil inilah yang boleh dibuat ketika waktu menunggu. Biarpun sedikit, sekurang-kurangnya tugasan semakin ringan.
Antara contoh tugas yang anda boleh lakukan ialah:

  • Semak penulisan (Proof reading)

  • Tanda kertas peperiksaan

  • Panggilan telefon

  • Kemas meja

  • Quick study

  • Baca surat, surat khabar

  • Bersihkan inbox hand phone, email

  • Kemas kini baki akaun

  • Semak “to do list”

  • Makan

  • Lipat baju

  • Rehat

  • Dan banyak lagi perkara-perkara yang boleh anda lakukan…

  • Jika diteliti, perkara-perkara di atas adalah antara perkara yang tak sempat kita lakukan dek kekangan tugas dan kesuntukkan masa.
    Jadi, gunakanlah masa anda dengan bijak. Anda bukan sahaja dapat mempercepatkan tugas anda, bahkan “menambah” masa anda dalam sehari.
    Gunakan masa menunggu untuk “top up” masa anda. All the best, guys!

    Wednesday, November 9, 2011

    Kecantikan Sejati

    Adalah kebahagiaan seorang lelaki ketika Allah menganugerahkannya seorang isteri yang apabila ia memandangnya, ia merasa semakin sayang. Kepenatan selama di luar rumah terkikis ketika memandang wajah isteri yang tercinta. Kesenangan di luar tak menjadikan suami merasa jengah di rumah. Sebab syurga ada di rumahnya; Baiti Jannati (rumahku surgaku).

    Kebahagiaan ini lahir dari isteri yang apabila suami memandangnya, membuat suami bertambah kuat jalinan perasaannya. Wajah isteri adalah keteduhan, telaga yang memberi kesejukan ketika suami mengalami kegerahan. Lalu apakah yang ada pada diri seorang isteri, sehingga ketika suami memandangnya semakin besar rasa sayangnya? Konon, seorang lelaki akan mudah terkesan oleh kecantikan wajah. Sempurnalah kebahagiaan seorang lelaki jika ia memiliki isteri yang berwajah memikat.
    Tapi perkara ini segera dibantah oleh dua hal. Pertama, bantahan berupa fakta-fakta. Dan kedua, bantahan dari sabda Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam.
    Kononnya, Christina Onassis, mempunyai wajah yang sangat cantik. Ia juga memiliki kekayaan yang sangat besar. Mendiang ayahnya meninggalkan harta warisan yang berlimpah, antara lain kapal pesiar peribadi, dan pulau milik peribadi juga. Telah beberapa kali menikah, tetapi Christina harus menghadapi kenyataan pahit. Seluruh pernikahannya berakhir dengan kekecewaan. Terakhir ia menutup kisah hidupnya dengan satu keputusan: bunuh diri.
    Kecantikan wajah Christina tidak membuat suaminya semakin sayang ketika memandangnya. Jalinan perasaan antara ia dan suami-suaminya tidak pernah kuat.
    Perkara ini memberikan pengajaran kepada kita bahawa bukan kecantikan wajah secara fisik yang dapat membuat suami semakin sayang ketika memandangnya. Ada yang bersifat psikis, atau lebih tepatnya bersifat qalbiyyah!
    Bantahan kedua, sabda Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam: “Seorang wanita dinikahi kerana empat hal; kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya. Maka pilihlah yang taat beragama nescaya kamu akan beruntung.” (HR. bukhari, Muslim)
    Hadis di atas sebagai penguat bahawa kesejukan ketika memandang sehingga perasaan suami semakin sayang, letaknya bukan pada keelokan rupa secara zahir. Ada yang bersifat bathiniyyah.
    Dengan demikian wahai saudariku muslimah, tidak mesti kita harus mempercantik diri dengan alat kosmetik atau dengan menggunakan gaun-gaun aduhai yang akhirnya akan membawa kita pada sikap berlebihan pada hal yang halal bahkan menyebabkan kita menjadi lalai dan meninggalkan segala yang bermanfaat dalam perkara-perkara akhirat, wal ‘iyadzubillah. Namun tidak berarti kita meninggalkan perawatan diri dengan menjaga fitrah manusia, dengan menjaga kebersihan, kesegaran dan keharuman tubuh yang akhirnya melalaikan diri dalam menjaga hak suami. Ada yang lebih berarti dari semua itu, ada yang lebih penting untuk kita lakukan demi mendapatkan cinta suami.
    Sesungguhnya cinta yang dicari dari diri seorang wanita adalah sesuatu pengaruh yang terbit dari dalam jiwa dengan segala kemuliaannya dan mempunyai harga diri, dapat menjaga diri, suci, bersih, dan membuat kehidupan lebih tinggi di atas egonya.
    Untuk itulah saudariku muslimah… Tuangkanlah di dalam dada dan hatimu dengan cinta dan kasih sayang serta tanamkanlah kemuliaan wanita muslimah seperti jiwamu yang penuh dengan kebaikan, perhatian serta kelembutan. Bukankah kita telah melihat contoh-contoh yang gemilang dari peribadi-peribadi yang kuat dari para shahabiyyah radiyallahu ‘anhunna…?
    Janganlah engkau penuhi dirimu dengan ahlak yang selalu sedih dan gelisah, banyak pengaduan dan keluh kesah dan selalu mengancam, kerana hal tersebut akan menggelapkan hatimu. Tersenyumlah untuk kehidupan. Seperti kuatnya para shahabiyyah dalam menghadapi kehidupan yang keras dan betapa kuatnya wanita-wanita yang lembut itu mempertahankan agamanya…

    Apabila keimanan telah benar-benar terpatri dalam hati, maka akan tumbuhlah sifat-sifat indah yang menghiasi diri manusia, mulai dari Ketakwaan, Ilmu, Rasa Malu, Jujur, Terhormat, Berani, Sabar, Lemah Lembut, Baik Budi Pekerti, Menjaga Silaturrahim, dan sifat-sifat terpuji lainnya yang tidak mungkin disebut satu-persatu. Semuanya adalah nikmat Allah Subhanahu wa Ta’ala yang diberikan kepada hamba-hambanya agar dapat bahagia hidup di dunia dan akhirat.
    Saudariku… jika engkau telah menikah, maka nasihat ini untuk mengingatkanmu agar engkau selalu menampilkan kecantikan dirimu dengan kecantikan sejati yang berasal dari dalam jiwamu, bukan dengan kecantikan sebab yang akan lenyap dengan lenyapnya sebab.
    Saudariku… jika saat ini Allah belum mengaruniai engkau jodoh seorang suami yang sholeh, maka persiapkanlah dirimu untuk menjadi istri yang sholihah dengan memperbaiki diri dari kekurangan yang dimiliki lalu tutuplah ia dengan memunculkan potensi yang engkau miliki untuk mendekatkan dirimu kepada Yang Maha Rahman, mempercantik diri dengan ketakwaan kepada Allah yang dengannya akan tumbuh keimanan dalam hatimu sehingga engkau dapat menghiasi dirimu dengan akhlak yang mulia.
    Saudariku… ini adalah sebuah nasihat yang apabila engkau mengambilnya maka tidak ada yang akan diuntungkan melainkan dirimu sendiri.

    Adab Minum Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam

    Beberapa adab minum yang dicontohkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam antara lain:


    • Meniatkan minum untuk dapat beribadah kepada Allah agar bernilai pahala.Segala perkara yang dilakukan dapat bernilai pahala jika disertai dengan niat untuk beribadah. Maka niatkanlah sebelum kita minum dengan niat agar dapat beribadah kepada Allah. Dan janganlah lupa memberitahu anak tentang hal ini.
    • Memulai minum dengan membaca basmallah.Diantara sunnah Nabi adalah mengucapkan basmallah sebelum minum. Hal ini berdasarkan hadis yang memerintahkan membaca ‘bismillah’ sebelum makan. Bacaan bismillah yang sesuai dengan sunnah adalah cukup dengan bismillah tanpa tambahan ar-Rahman dan ar-Rahim. Dari Amr bin Abi Salamah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Wahai anakku, jika engkau hendak makan ucapkanlah bismillah, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah makanan yang berada di dekatmu.” (HR Thabrani dalam Mu’jam Kabir)
      jangan lupa untuk mengingatkan anak-anak kita untuk membaca ‘bismillah’ ketika hendak minum, agar setan tidak ikut serta menikmati makanan dan minuman yang sedang kita nikmati.
    • Minum dengan tangan kanan.Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,“Jika salah seorang dari kalian hendak makan, hendaklah makan dengan tangan kanan. Dan apabila ingin minum, hendaklah minum dengan tangan kanan. Sesungguhnya setan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya.” (HR. Muslim)Ajarkanlah pada si kecil untuk selalu menggunakan tangan kanan ketika makan dan minum. Seringkali si kecil lupa meskipun telah kita ajari, apalagi ketika menyantap makanan ringan (snack) bersama teman mainnya. Nah, saat kita melihatnya, ingatkanlah ia. Janganlah bosan dan merasa jemu untuk mengingatkan anak kita. Insyaa Allah jika kita melakukannya dengan ikhlas mengharap redha Allah, Allah akan mengganti usaha kita tersebut dengan pahala.
    • Tidak bernafas dan meniup air minum.Termasuk adab ketika minum adalah tidak bernafas dan meniup air minum. Ada beberapa hadis mengenai hal ini:Dari Abu Qatadah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jika kalian minum maka janganlah bernafas dalam wadah air minumnya.” (HR. Bukhari no. 5630 dan Muslim no. 263)
      Dari Ibnu Abbas, “Sesungguhnya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang untuk bernafas atau meniup wadah air minum.” (HR. Turmudzi no. 1888 dan Abu Dawud no. 3728, hadis ini dishahihkan oleh Al-Albani).Dalam Syarah Shahih Muslim, Imam Nawawi mengatakan, “Larangan bernafas dalam wadah air minum adalah termasuk etika kerana dikhuatiri hal tersebut mengotori air minum atau menimbulkan bau yang tidak enak atau dikhuatiri ada sesuatu dari mulut dan hidung yang jatuh ke dalamnya dan hal-hal semacam itu.
      Dalam Zaadul Maad IV/325 Imam Ibnul Qayyim mengatakan, “Terdapat larangan meniup minuman kerana hal itu menimbulkan bau yang tidak enak yang berasal dari mulut. Bau tidak enak ini boleh menyebabkan orang tidak mau meminumnya lebih-lebih jika orang yang meniup tadi bau mulutnya sedang berubah. Ringkasnya hal ini disebabkan nafas orang yang meniup itu akan bercampur dengan minuman. Oleh kerana itu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang dua hal sekaligus iaitu mengambil nafas dalam wadah air minum dan meniupinya.
    • Bernafas tiga kali ketika minum.Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu beliau mengatakan, “Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam minum beliau mengambil nafas di luar wadah air minum sebanyak tiga kali.” Dan beliau bersabda, “Hal itu lebih segar, lebih enak dan lebih nikmat.”
      Anas mengatakan, “Oleh kerana itu ketika aku minum, aku bernafas tiga kali.” (HR. Bukhari no. 45631 dan Muslim no. 2028). Yang dimaksud bernafas tiga kali dalam hadits di atas adalah bernafas di luar wadah air minum dengan menjauhkan wadah tersebut dari mulut terlebih dahulu, karena bernafas dalam wadah air minum adalah satu hal yang terlarang sebagaimana penjelasan di atas.
    • Larangan minum langsung dari mulut teko/ceret.Dari Abu Hurairah, beliau berkata, “Rasulullah melarang minum langsung dari mulut qirbah (wadah air yang terbuat dari kulit) atau wadah air minum yang lainnya.” (HR Bukhari no. 5627).
      Menurut sebahagian ulama minum langsung dari mulut teko hukumnya adalah haram, namun sesetengah ulama mengatakan hukumnya makruh. Ketahuilah yang sesuai dengan adab islami adalah menuangkan air tersebut ke dalam gelas kemudian baru meminumnya.
    • Minum dengan posisi duduk.Terdapat hadis yang melarang minum sambil berdiri. Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu,
      Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Janganlah kamu minum sambil berdiri. Barang siapa lupa sehingga minum sambil berdiri, maka hendaklah ia berusaha untuk memuntahkannya.” (HR. Ahmad no 8135)
      Namun disamping itu, terdapat pula hadits yang menunjukkan bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam minum sambil berdiri. Dari Ibnu Abbas beliau mengatakan, “Aku memberikan air zam-zam kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Maka beliau lantas minum dalam keadaan berdiri.” (HR. Bukhari no. 1637, dan Muslim no. 2027)Dalam hadis yang pertama Rasulullah melarang minum sambil berdiri sedangkan hadis kedua adalah dalil bolehnya minum sambil berdiri. Kedua hadits tersebut adalah shahih.
      Mengenai hadis di atas, ada ulama yang berkesimpulan minum sambil berdiri diperbolehkan, meski yang lebih utama adalah minum sambil duduk. Diantara ulama tersebut adalah Imam Nawawi dan Syaikh Utsaimin. Meskipun minum sambil berdiri diperbolehkan, namun yang lebih utama adalah sambil duduk karena makan dan minum sambil duduk adalah kebiasaan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Minum sambil berdiri tidaklah haram akan tetapi melakukan hal yang kurang utama.
    • Puas dengan minuman yang ada dan tidak mencelanya.
      Ajarkan pula kepada anak, bahawa kita tidak boleh mencela makanan walaupun kita tidak menyukainya.

    Wednesday, November 2, 2011

    Sama-sama kita renungi

    WALAU DIMANA KITA BERADA
    BIARLAH ALLAH SENTIASA DIHATI
    KERANA ALLAH LAH YANG MEMBERI RASA KENYANG
    KERANA ALLAH LAH YANG MEMBERI REZEKI
    KERANA ALLAH LAH YANG MEMBERI UDARA
    KERANA ALLAH LAH YANG MEMBERI PENGLIHATAN
    KERANA ALLAH LAH YANG MEMBERI PENDENGARAN
    KERANA ALLAH LAH YANG MEMBERI KASIH SAYANG
    KERANA ALLAH LAH YANG MENURUNKAN HUJAN
    KERANA ALLAH LAH YANG MEMBEKALKAN AIR
    KERANA ALLAH LAH YANG MENGHIDUPKAN TANAMAN
    KERANA ALLAH LAH YANG MENJAGA KITA
    ALLAH MAHA BAIK
    Sama-sama kita amalkan.:)))